kyo | Date: Sunday, 2009-07-05, 3:16 PM | Message # 1 |
 Die Hard Member
Group: member
Messages: 149
Status: Offline
| 3 tanda-tandanya Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya 1) Jujur dalam berkata-kata 2) Menjauhi segala yang haram 3) Merendahkan diri Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya 1) Takut berlaku dusta dan keji 2) Menjauhi kejahatan 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya 1) Mengawasi dirinya 2) Menghisab dirinya 3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
|
|
| |