MENGUCAP panjang Joyah dengar cerita ini. Bukannya apa, seorang artis itu khabarnya makan benda haram tanpa rasa bersalah. Tapi bukannya di restoran lima bintang atau ketika di luar negara. Hanya di sebuah pasar di pusat membeli belah di sebuah kawasan elit di Kuala Lumpur. Khabarnya si artis yang popular dan pernah bercinta dengan seorang pelakon itu datang ke pasar itu bersama seorang temannya.
Tak pastilah sama ada itu kekasih barunya tapi melihatkan kemesraan masing-masing, memang ada bibit-bibit cinta antara mereka. Dan si kekasih artis popular itu juga bukan sahaja berlainan bangsa malah juga tidak seagama.
Mungkin kerana menemankan buah hati barunya itu membeli belah. Joyah tak kisahlah hal itu. Tapi yang buat Joyah geleng kepala apabila si artis ini ketika pergi ke bahagian ‘tidak halal’, selamba merasa salah satu kepingan yang mengandungi daging babi.
Hello adik… Takkan tak tahu itu kepingan daging tidak halal. Sebab dah sah-sah di kawasan pasar di dalam pusat membeli belah ada menyediakan tanda ‘tidak halal’ pada seksyen tersebut.
Sumber berita daripada Utusan Malaysia.
P/S: Entah ape nak jadi ngan org islam skrg nie, halal haram dipandang remeh jer