Saturday, 2025-02-08, 10:47 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Elaun Agong, PM, Sultan dan Menteri...
faisalDate: Sunday, 2009-03-22, 8:30 AM | Message # 1
Member
Group: member
Messages: 26
Status: Offline
Sebelum ni ramai yang tanya pasal allowances ni semua termasuk

allowances untuk kerabat. Aku pun tak boleh bagi info yang lengkap. But

now aku dah dapat info yang lengkap untuk share dengan you all.

So, mari kita lihat berapa banyak Malaysia habis kan duit untuk bagi

pada orang orang ni semua.

Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan

Diraja 1982).

Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada

Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan

di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).

2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)

3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).

2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk

perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia.

Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100

2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang

tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas

Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia

Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas

Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan,

macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat

tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.

2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500

sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong,

just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas

Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa

dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya

pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia

tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen

khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta

Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.

2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal

RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan

maintenance of car.

3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal

RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah

peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan

Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun

lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.

2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah

sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan

2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah

Raja Muda - RM13,000

Raja Puan Muda - RM5,200

Tunku Bendahara - RM4,000

Bini Tunku Bendahara - RM1,250

Tunku Temenggung - RM3,500

Isteri Tunku Temenggung - RM900

Tunku Laksamana - RM3,000

Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga.

Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and

kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga

dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan

2005 .

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan

Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan

Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.

Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan

Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59

Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga

Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia

adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79

= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:

1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP

satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40. Lagi

lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:

1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

kredit to black_asrtal@remajaonline.org


apa2aje.tk the best :)
 
zam06Date: Wednesday, 2009-03-25, 4:04 AM | Message # 2
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline
dahsyatnye
tue ler sbb die org tk nk potong elaun diorg
haramjadah btul


Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
kaizerDate: Wednesday, 2009-03-25, 12:24 PM | Message # 3
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
kita yang golongan sederhana lak yang kena potong macam-macam..
aiyaaaa..ini macam gua boleh mati looooo sad




 
zam06Date: Thursday, 2009-03-26, 1:52 AM | Message # 4
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline
tue pasal
elau lebih tggi dr gaji
sape tk mati mcm nie


Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: