Monday, 2024-05-20, 5:03 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Sembang Khusus:: » Tips,petua & nasihat » atasi rasa malu
atasi rasa malu
kaizerDate: Sunday, 2009-03-22, 2:25 PM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
PERASAAN malu boleh menyukarkan ibu bapa dan anak.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu sedar naluri segelintir kanak-kanak memang senyap dan tidak seaktif kanak-kanak lain.

Prestasi anak berbeza antara satu sama lain, anak sulung tentu berbeza dengan anak tengah atau si bongsu.

Perasaan malu keterlaluan tentu menimbulkan masalah apabila bergaul dengan rakan di sekolah.

Justeru, bagaimana anda boleh membantu?

Berikut adalah cara membantu si anak menghindari rasa malu:

# Buat permulaan, jangan sesekali memberitahu anak dia pemalu atau memanggilnya dengan pelbagai gelaran.

Mereka sedar mengenai perasaan malu yang wujud dan tidak memerlukan orang lain menekankan perkara itu.

Sebaliknya, berikan pujian ketika dia tidak malu seperti kebiasaan. Biarkan anak tahu anda suka apabila dia lebih bijak bersosial dan berinteraksi.

# Berikan peluang kepada anak untuk merasai interaksi sosial seperti menjemput kawan-kawannya ke rumah atau menghadiri perjumpaan biasa.

Biarkan anak meluangkan masa bersama orang yang mereka berasa selesa untuk membina harga diri dan kemahiran bersosial sebelum membawa mereka ke tempat lebih sesak.

# Kanak-kanak belajar menerusi pemerhatian dan meniru apa dilakukan ibu bapa. Jadi, ibu bapa perlu memberi contoh dengan bersosial dan menjaga perlakuan diri.

Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka bersosial dengan orang lain akan cuba menjadi tidak pemalu. Tetapi ini tidak bermakna anda patut memaksa anak melakukan sesuatu di luar kemampuan dan kerelaannya. Berikan dorongan apabila perlu dan cuba bantu mereka menyesuaikan diri.

# Galakkan anak mencuba aktiviti baru dan berkomunikasi terhadap perasaan anda. Melalui dorongan, anak akan berasa selamat dan selesa untuk mengetahui tiada apa yang perlu ditakutinya.

Memberi anak peluang mencuba pelbagai aktiviti dan hobi berbeza sebenarnya membenarkan anak bersosial dengan orang lain serta memperkenalkan mereka kepada orang yang memiliki minat serupa.

# Ingatlah anak-anak berupaya ‘menangkap isyarat senyap’ dengan mudah. Sekiranya anda berasa gelisah, si anak juga akan perasan dan bertambah gemuruh kerana kegelisahan anda memberitahunya sesuatu yang buruk pasti berlaku.

# Kongsi pengalaman dengan anak. Biarkan anak tahu anda memahami perasaannya.

Kita sebenarnya pernah melalui peringkat tumbesaran apabila kita berasa malu, gelisah dan takut.

Akhirnya, biarkan anak tahu perasaan malu bukan satu kecacatan dan tiada yang perlu dimalukan.

Katakan kepada anak, dalam kebanyakan situasi, ia tidaklah begitu menakutkan dan menjadi tanggungjawab anda untuk membantu mereka.

# Situasi atau keadaan yang membuatkan seseorang anak gelisah dan takut boleh dipermudahkan apabila anda menerangkan perkara sebenar kepada mereka.

Memiliki perasaan malu tidak semestinya menjadi satu masalah besar. Apa yang boleh dilakukan adalah memberi perhatian kepada anak dan menggalakkannya agar lebih bersosial.

Jika perasaan malu menjadi sukar terkawal, mungkin tiba masanya mendapatkan bantuan profesional.




 
Forum » ::Sembang Khusus:: » Tips,petua & nasihat » atasi rasa malu
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: