Monday, 2024-05-20, 7:49 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » seni & tutorial design » apakah itu operating system
apakah itu operating system
kaizerDate: Saturday, 2009-04-18, 3:05 PM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
OS (Operating System) adalah perantara hardware dan software di dalam sesebuah komputer. Dalam Bahasa Melayu, OS bermaksud Sistem Pengendalian atau Sistem Pengoperasian. Tugas - tugas yang dilakukan oleh sebuah OS adalah seperti mengawal input dan ouput, menetukan penggunaan memori komputer, dan menguruskan sistem rangkaian.

Salah satu contoh OS yang paling dikenali ialah Microsoft Windows, contohnya Windows XP dan Windows Vista. Windows banyak digunakan oleh PC dan laptop yang digunakan untuk tujuan peribadi, seperti di rumah.

Linux adalah sejenis OS yang dibina berdasarkan konsep open source, di mana ia adalah percuma, dan segala kod dan rekabentuk OS tersebut boleh diubahsuai. Linux banyak digunakan oleh server. Linux boleh didapati dalam pelbagai distro, contohnya Red Hat, Debian, dan Knoppix.

Terdapat banyak lagi contoh OS yang lain, seperti OS jenis Unix, Mac OS X, dan FreeBSD.




 
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » seni & tutorial design » apakah itu operating system
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: