Thursday, 2025-06-19, 3:02 AM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum moderator: zam06  
Raja Lawak Astro Musim Ketiga Menjanjikan Yang Luar Biasa!
kaizerDate: Saturday, 2009-02-28, 3:18 AM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Astro dengan bangganya untuk meneruskan inisiatif pencarian pelapis dalam bidang komedi melalui Raja Lawak Astro, sebuah program realiti bakat raja lawak di kalangan rakyat Malaysia. Musim ketiga rancangan ini bakal bersiaran di saluran rasminya, Astro Prima (saluran 105) bermula pada 24 Disember 2008 ini.

Raja Lawak Astro (musim ketiga) sudahpun menjelajah ke empat buah negeri sejak awal bulan November lagi seperti Pahang, Perak, Johor dan Selangor bagi mengenalpasti finalis-finalis yang akan bertanding bagi merebut gelaran Raja Lawak Astro yang baru dalam sessi ujibakat yang telah diadakan khas itu.

Sebagai bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisinya dalam berkongsi platform untuk menonjolkan bakat yang terpendam, program Raja Lawak Astro yang telah membuka peluang kepada peserta individu mahupun berkumpulan bagi mencuba nasib menerima sambutan yang menggalakkan termasuk penyertaan dari peserta wanita. Ini terbukti apabila dua orang peserta wanita telah dikenalpasti bagi melengkapkan senarai 12 finalis yang akan bertanding dalam musim ketiga ini.

Para finalis akan ditempatkan di sebuah akademi, apabila mereka akan diberi latihan dan bimbingan profesional oleh pengkritik jemputan pada setiap minggu untuk bersiap sedia mempersembahkan tugasan di hadapan penonton secara langsung.

Tiga orang pengkritik tetap telah dipertanggungjawabkan bagi menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka akan menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan; keaslian persembahan dan kreativiti; bakat dan kemahiran lakonan serta sama ada para peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal. Tiga orang pengkritik ini juga turut terlibat secara langsung semasa sessi ujibakat dan pusingan kelayakan. Mereka adalah pelawak dan pelakon terkenal; Zaibo, pelakon wanita yang berpengalaman; Fauziah Nawi dan pengacara serta pelawak terkenal; Shamsul Ghau Ghau.

Walau bagaimanapun, nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya dengan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingir.

Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini buat kali kedua dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.

credit to ASTRO

credit to mesra happy




 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: