Friday, 2025-06-20, 3:17 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum moderator: zam06  
8 Figura Hiburan Paling Berpengaruh
kaizerDate: Sunday, 2009-03-22, 1:37 PM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
1. Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu Malaysia ini memang mencetuskan revolusi dalam industri hiburan tanah air. Kenapa beliau dikatakan berpengaruh? Ini kerana beliau telah berjaya mendominasi Anugerah Bintang Popular selama tujuh tahun berturut-turut serta mengekalkan anugerah Penyanyi Wanita Popular selama sembilan tahun. Kini, walaupun telah mendirikan rumahtangga bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, popularitinya masih tidak luntur di kalangan peminat.

Ternyata Siti bijak merencanakan perjalanan karier seninya. Walaupun sebelum ini ada tindakannya yang mengguris hati sesetengah pihak, tetapi Siti tahu tindakan yang diambilnya itu merupakan langkah terbaik. Sekarang ini setelah 13 tahun bergelumang dengan dunia seni, kini Siti sibuk menguruskan syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. Saida, Saerah dan Kumpulan Coda merupakan artis yang bernaung di bawah syarikat ini.

2. Aznil Haji Nawawi

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti yang satu ini. Memulakan kariernya bersama TV3 sebagai wartawan penyiaran pada tahun 1990, kini Aznil sudah bergelar pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah. Namanya terus melonjak ketika dia menjadi hos program realiti ‘Akademi Fantasia’ (AF) selama lima musim.

Selepas mencetuskan fenomena bersama AF dia terus mencipta nama dengan rancangan kanak-kanak, ‘Tom Tom Bak’ sehingga membuatkan ramai kanak-kanak yang mula meminatinya. Program bual-bicaranya, ‘Macam-Macam Aznil’ pernah dinobatkan sebagai ‘Best Talk Show’ di Asian Television Awards yang diadakan pada tahun 2005 di Singapura.

Sepanjang penglibatannya dalam industi hiburan tanah air, Aznil telah memenangi pelbagai anugerah yang mengiktiraf penat-lelahnya selama ini. Antara anugerah yang berjaya diraih olehnya ialah Pengacara Lelaki Popular selama lapan tahun berturut-turut menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Rancangan Bual-Bicara Terbaik di Anugerah Skrin 2007 dan Pengaraca TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2005.

Dalam perkembangan terkini, Aznil sedang bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Yayasan Budi Penyayang dalam kempen menggalakkan kanak-kanak di Malaysia supaya yakin dan berani menyuarakan pendapat masing-masing.

3. Mawi

Populariti anak kelahiran Felda Taib Andak ini melonjak dengan mendadak selepas menjuarai ‘Akademi Fantasia’ musim ketiga. Pada satu ketika, di mana jua anda berada, pasti terlihat wajah ini sama ada di papan iklan ‘billboard’, majalah, mahupun kaca televisyen. Semua pihak berebut-rebut mendapatkan Mawi bagi melariskan produk masing-masing. Sehingga hari ini, aset yang dimiliki Mawi bernilai jutaan ringgit.

Popularitinya di kalangan peminat telah membuatkan Mawi digelar sebagai ‘Raja SMS’ oleh pihak media memandangkan setiap kali anugerah yang memerlukan undian peminat, pasti Mawi akan memenanginya. Buktinya, dia berjaya mengekalkan gelaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak tiga kali berturut-turut.

4. Datin Seri Tiara Jacquelina

Memulakan kerjayanya sebagai model, selebriti yang aktif dalam memartabatkan seni teater ini juga pernah menubuhkan agensi model yang dikenali sebagai Kit Kat Club pada tahun 80-an.

Pada tahun 2005, syarikat produksi milik beliau telah menerbitkan filem ‘Puteri Gunung Ledang’ yang menelan belanja sehingga RM20 juta. Filem ini mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan sehingga beliau membawa filem ini ke beberapa festival filem bertaraf antarabangsa seperti Festival Filem Cannes dan Oscar. Festival Filem Asia Pasifik telah mengiktiraf Tiara sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada tahun 2006. Ini merupakan kejayaan terbesar Tiara dalam bidang lakonan.

Selepas kejayaan besar itu, Tiara membawa filem tersebut ke pentas teater dengan dikenali sebagai ‘Puteri Gunung Ledang The Musical’ (PGLTM). Pementasan teater ini turut mencatatkan kejayaan luar biasa. Istana Budaya yang dahulunya sepi, bagaikan hidup semula. Ternyata percaturan yang dilakukan oleh Tiara membawa kejayaan. PGLTM mula membuka mata banyak pihak untuk memartabatkan teater ke tahap lebih tinggi. Selepas PGLTM, ramai yang menunggu buah tangan daripada Tiara. Sebagai bukti, pementasan ‘P.Ramlee The Musical’ turut mendapat sambutan di luar jangkaan.

5. Anita Sarawak

Anita Sarawak sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat dalam industri hiburan tanah air. Walaupun dia meninggalkan Malaysia selama 15 tahun kerana terikat dengan kontrak menyanyi di sebuah kelab di Las Vegas, tetapi kepulangannya ke Malaysia beberapa tahun lalu disambut dengan gembira oleh semua peminat diva itu di sini.

Mengapa pada usia yang sudah menginjak ke 57 tahun Anita masih mampu mengukuhkan empayar seninya? Jawapannya mudah sahaja, dia bijak menghiburkan peminat. Setiap persembahannya cukup mantap dan bertenaga. Diva ini tahu apa yang peminat inginkan.

Selain itu, sikapnya yang ramah, merendah diri dan pandai mengambil hati membuatkan ramai yang menjadikannya idola. Lihat sahaja penampilan dirinya. Walau ke mana jua, dia tetap tampil penuh glamor dan ada gaya yang tersendiri. Sebab itulah dia juga mudah mendapat sebarang tajaan dari mana-mana konglomerat.

6. David Teo

Penerbit filem yang seorang ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG). Selain MIG, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti Metrowealth Movies Production (MMP), MIG Records, MIG Sound, MIG Talent, MIG Publishing dan Metrowealth Cinema. David Teo merupakan penerbit yang paling banyak menghasilkan filem Melayu ketika ini.

Filem pertama yang diterbitkan olehnya ialah ‘Syukur 21’ yang ditayangkan sekitar tahun 2000. Sehingga ke hari ini, Metrowealth sudah pun menghasilkan 25 buah filem, termasuk yang belum ditayangkan dan dalam proses pembikinan. Filem ‘Jangan Pandang Belakang’ adalah filem yang paling berjaya apabila memungut kutipan melebihi RM7 juta.

Pada masa yang sama, Metrowealth Cinema menyediakan lapan sinipleks di tiga lokasi iaitu di Kajang, Selangor; Kuching, Sarawak dan Alor Setar, Kedah. Drama pertama terbitan syarikatnya adalah ‘Biar Rahsia’ yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM. Kini, Teo berjinak-jinak pula sebagai pelakon. Dia tampil dalam beberapa buah filem seperti ‘Remp-It’, ‘9 September’, ‘Kala Malam Bulan Mengambang’ dan ‘I’m Not Single’.

7. Freddie Fernandez

Freddie Fernandez ialah seorang usahawan dan pemuzik yang terkenal sebagai bekas ahli kumpulan The Revolvers, pengasas dan penerbit Anugerah Industri Muzik (AIM), ketua pegawai eksekutif Betarecs Sdn Bhd dan Maestro Talent, dan presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Figura ini mempunyai sumbangan yang besar dalam perkembangan industri seni tanah air. Pada tahun 1989, Freddie mengasaskan Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik (Music Authors’ Copyright Protection, MACP) untuk melindungi para penggubah muzik serta mengutip royalti bagi pihak mereka. Pada tahun 1993, dia melancarkan AIM sebagai penghargaan tahunan kepada para penggiat seni muzik Malaysia dan malam penganugerahan AIM diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1994.

Seterusnya pada tahun 2000, Freddie menambah satu lagi badan kesenian iaitu Karyawan yang mewakili bukan sahaja pemuzik, malah juga artis-artis dari pelbagai bidang kesenian termasuk penyanyi, pelakon, penari, pelawak, penggubah lagu dan penulis lakon layar.

Selepas demam ‘Akademi Fantasia’ melanda, Freddie melangkah setapak lagi ke hadapan dengan mengasaskan badan pengurusan bakat Astro yang dikenali sebagai Maestro Talent,. Artis-artis yang bernaung di bawah pengurusan Maestro adalah bekas-bekas pelajar akademi itu sendiri. Antaranya ialah Mawi, Zahid, Marsha, Mila, Faizal, Farah dan Stacey.

8. Fara Fauzana

Bekas penuntut Universiti Teknologi Mara, Shah Alam ini memulakan kariernya sebagai salah seorang Skuad Perodua Kancil. Kemudian barulah dia beralih menjadi penyampai radio di stesen Radio Era. Bagaimanapun, jodohnya dengan Era tidak lama apabila dia berhijrah ke radio hangat, Hot FM.

Bermula saat itu, perjalanan karier seni Farah mula maju setapak demi setapak. Sehingga kini sudah banyak yang dicapai oleh penyampai radio ini. Habis tugasan di konti, dia juga merupakan seorang pengacara yang paling laris buat masa ini. Malah, Fara juga sudah bergelar seorang pelakon. Sitcom ‘Farah’ yang disiarkan di saluran TV3, mendapat rating yang baik sehingga penerbit mengambil keputusan untuk meneruskan sitkom ini ke musim kedua. Selain itu, Farah juga telah membintangi filem ‘Jin Notty’ di samping Mawi.

syabas

Ehsan dari Gua Muzik. applause




 
zam06Date: Thursday, 2009-03-26, 2:46 AM | Message # 2
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline
ooo mcm tue
surprised


Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: