Dalam melodi 8 Mac lalu AC Mizal ade cerita kat krew Melodi pasal bekas isteri die yang suka hubungan sejenis (lesbian la tu) dan die juga ade tunjukkan gambar2 yang diberi oleh peminat beliau yang diorang dapat dari internet, maybe diorang korek dari Friendster or Facebook. Pada pandangan aku, salah ke Shafnie bergambar sesame perempuan? jadi lepas ni Shafnie tak leh bergambar dengan sesiapa la? kalau dengan perempuan dia kata lesbian, kalau dengan lelaki? Tak tau la apa pulak dia pusing cerita. Setakat gambar shafnie balik dari keluar makan malam dan lepas gambar beramai-ramai? boleh jadik isu? korang fikir la sendiri tengok gambar tu, AC cakap Shafnie saje je menangis dalam Melodi⦠ingat Shafnie terhegeh hegeh kat Melodi tu ke?
Yang Shafnie perjuangkan ialah hak anak² dia dengan nafkah Rm 300 + 200 (tambahan tunggakan yg dituntut) boleh ke nak pegi enjoy sakan dengan nilai tu? AC dah lupa ke Shafnie ni kesian kat dia dulu .. .daripada Rm 300 sorang anak yg mahkamah perintahkan, Shafnie kurangkan menjadi RM 150 tapi dengan bersyarat dan dia mesti di lunaskan jika ekonomi dia stabil. Sekarang lah masanya Shafnie tuntut kembali dan 50k itu lah jumlah tunggakan selama 5 tahun yg AC tak bayar, kalau Bank pon payment kereta kita tertunggak 3 bulan kita dah kena kejar bagai nak rak dengan bank, inikan pula bayar nafkah? Shafnie memperjuangkan hak beliau yang termaktub dalam undang-undang Syariah, undang-undang ISLAM wahai AC Mizal!