[img]http://media.mit.net.my/photo/59/4172009_nabildynas(a).jpg[/img] KL, 17 APRIL 2009: Turun dari Genting Highlands selepas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), macam-macam cerita pula Murai Batu dengar. Ramai tertanya-tanya kenapa Dynas dan Noorkhiriah tidak datang sedangkan mereka berdua tercalon dan menang trofi lagi.
Tentu ramai dah tahu Dynas dan Noorkhiriah pun hamil macam pengacara Sharifah Shahira tetapi ketiadaan mereka itu mengurangkan sedikit keceriaan ABPBH2008.
Rupanya Dynas tengah bersedih apabila telah kematian anak sebelum tibanya kemuncak ABPBH2008 iaitu Jumaat lalu. Takziah diucapkan kepada Dynas dan suaminya kerana tidak sempat membesarkan cahaya mata sulung mereka itu. Murai Batu amat bersimpati kerana kandungan Dynas telah pun mencecah 7 bulan. Harap Dynas bersabar kerana berat mata memandang, berat lagi tanggungan si ibu yang mengandung.
Kemudian, Murai Batu dikejutkan pula dengan berita kemalangan Mat Motor Paling Popular, Nabil Raja Lawak yang terbabas motosikal besarnya, di Bukit Jelutong, Shah Alam, Isnin lalu. Ketika itu Nabil hendak pergi ke studio NTV7 di Glenmarie, Shah Alam menjalani rakaman satu program hiburan.
Dengar kata, jalan di situ berminyak tapi tak pastilah Murai Batu berapa laju Nabil pecut. Alah benda nak jadikan, tunggang pelan-pelan pun boleh jatuhkan? Nabil dilaporkan tercampak dan terkena penghadang jalan. Tapi Nabil berrnasib baik sebab tidak digilis oleh lori yang kebetulan lalu di situ. Dia hanya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki. Ha, kena buat kenduri doa selamat tu.
Dan siapakah yang membantu Nabil? Dengar kata, 'kekasih terpeluknya' iaitu Irma Hasmie yang selepas itu terus datang membawa Nabil ke hospital. Jadi lain kali Nabil, bawa moto janganlah berkhayal. Senang cakap, lu pikirlah sendiri!