Sunday, 2025-07-20, 7:14 AM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum moderator: zam06  
(Tahniah!) Raja Muda Perlis Gembira Kelahiran Putera Sulung
zam06Date: Friday, 2009-04-17, 3:26 AM | Message # 1
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai berkenan mendedahkan wajah putera sulungnya kepada umum melalui media di Wad Diraja, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini petang kelmarin.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, keadaan kesihatan puteranya bertambah sihat selepas dilahirkan pada Ahad lalu, begitu juga Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Ekoran itu, baginda memaklumkan, satu majlis pemasyhuran nama putera mereka akan diadakan secara sederhana di Istana Arau pada Ahad ini.

“Beta sudah mempunyai nama yang sesuai untuk putera beta, bagaimanapun ia hanya akan dimaklumkan kepada rakyat jelata Ahad ini,” katanya selepas mengadakan majlis memperkenalkan putera sulungnya kepada media di HTF kelmarin.

Turut berangkat pada majlis tersebut ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Ahad lalu, pasangan Diraja itu menerima khabar gembira apabila Tuanku Lailatul Shahreen selamat melahirkan seorang putera seberat 3.4 kilogram pada pukul 10.13 pagi.

Ketika ini, pasangan tersebut telah pun dikurniakan dua orang puteri iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah yang dilahirkan pada 10 Februari 1995 di Kuala Lumpur.

Seorang lagi, Sharifah Farah Adriana pula di Zollikerberg, Switzerland pada 4 Mac 2001.

Berita kredit kepada KOSMO


Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: