Thursday, 2025-06-19, 9:05 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum moderator: zam06  
Arni Nazira Tamatkan Status Ibu Tunggal
zam06Date: Thursday, 2009-04-16, 8:44 AM | Message # 1
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline

KUALA TERENGGANU: Selepas kira-kira tiga tahun bergelar ibu tunggal, bekas pelakon dan penyanyi, Arni Nazira Anwar, 31, akhirnya menamatkan status itu apabila selamat dinikahkan dengan bekas kekasih lamanya yang juga seorang ahli perniagaan, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar, 32, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Mukim Bukit Besar, Ahmad Awang di Masjid Negeri dengan mas kahwin RM100 dan hantaran sebanyak RM7,777.77 dengan disaksikan kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga terdekat pengantin.

Turut serta dua anak Arni daripada perkahwinan dengan vokalis kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, Puteri Aleeya Antasha, 9, dan Puteri Aleefa Antasha, 7.

Pihak lelaki menghantar sembilan dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Dengan sekali lafaz, Wan Mohd Hazrie kini menjadi suami Arni yang sebelum ini pernah popular dengan lagi `Antara Dua Benua’, kira-kira jam 3.40 petang.

Arni yang berpakaian kebaya putih menitiskan air mata kegembiraan sebaik selesai majlis akad nikah, manakala Wan Mohd Hazrie menunaikan solat kesyukuran selepas bersalaman dengan ibu dan bapa serta kaum keluarga.

Dengan perkahwinan itu, Arni terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan apabila Wan Mohd Hazrie tidak lagi membenarkan isterinya terbabit dengan lakonan dan nyanyian, melainkan memenuhi undangan pertunjukan fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Kredit berita Arni Nazira tamatkan status ibu tunggal & gambar hak milik sepenuh’nya DigitalDome

P/S: Orang kampung aku tp aku tk tahu sape yang betul dalam kes diorg nie, awie ker arni yang betul?


Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
nadirah87Date: Saturday, 2009-04-25, 4:56 AM | Message # 2
Junior Member
Group: member
Messages: 5
Status: Offline
alhamdulillah...
semoga jodoh mereka akan berkekalan...
 
kaizerDate: Saturday, 2009-04-25, 10:48 AM | Message # 3
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
hehe..jodoh awk lak bile?
hik hik smile




 
zam06Date: Monday, 2009-04-27, 2:42 AM | Message # 4
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline
surprised kaizerrrrrrrrrrr

Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: