Saturday, 2025-07-05, 8:43 AM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Salin Fail Ke CD Dengan Utiliti Windows XP
kaizerDate: Wednesday, 2009-03-11, 4:05 PM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Untuk bertahun-tahun pengguna komputer bergantung cakera liut atau disket untuk memindahkan dan back up data. Cakera liut umumnya terlalu kecil untuk menyimpan fail digital hari ini yang berkualiti dan bersaiz besar seperti gambar-gambar dan video. Tetapi perkembangan dan kemajuan teknologi sudah menidakkan penggunaan cakera liut kerana kebanyakkan komputer ada yang sudah tidak memasang drive cakera liut tersebut kerana saiz dan kurang efektif berbanding cakera padat.

Dengan harga cakera padat yang murah dan penyimpanan saiz fail yang lebih besar memberikan kelebihan berbanding cakera liut.

Di bawah ini, sedikit tutorial bagaimana hendak membakar (burn) fail yang kita mahu ke CD dengan hanya menggunakan utiliti WIndows tanpa perisian tambahan.

Untuk menulis (write) fail ke CD, anda perlu mempunyai perkakasan CD-RW drive . Kebanyakkan komputer sekarang mempunyai perkakasan CD-RW drive. Kalau tiada, anda boleh dapatkan di kedai komputer atau mendapatkan External CD-RW drive.

Terdapat dua jenis media storan CD iaitu CD-R dan CD-RW. Jenis CD-R lebih murah tetapi hanya boleh ditulis / guna sekali manakala CD-RW mahal sedikit tetapi boleh ditulis / guna banyak kali.

Langkah 1

Masukkan CD-R atau CD-RW ke dalam CD-RW drive.

Langkah 2

Di kotak dialog CD Drive, pilih Open writable CD folder , dan klik OK.

Langkah 3

Tetingkap Explorer CD Drive yang menunjukkan CD masih kosong. Biarkan tetingkap tersebut tanpa ditutup. Buka tetingkap baru di mana terdapat fail yang anda mahu simpan.

Seperti contoh, sekiranya anda simpan fail tersebut di My Documents dengan klik Start > My Documents.

Langkah 4

Pilih folder atau fail yang anda mahu buat salinan ke CD.

Langkah 5

Pergi semula ke tetingkap Explorer CD Drive yang menunjukkan CD masih kosong tadi. Pergi menu Edit dan klik Paste. Windows XP telah menyediakan fail untuk ditulis di CD tetapi tunggu dulu kerana fail tersebut belum lagi ditulis ke CD. Windows XP hanya baru membina fail sementara (temporary file) dan mempunyai tanda anak panah ke bawah.

Anda ulang langkah di atas untuk menambah fail. Saiz maksimum kapasiti CD boleh menyimpan data ialah 700MB. Jika lebih anda perlu menambah ekstra CD lain atau mengurangkan saiz fail.

Langkah 6

Sekiranya anda selesai menambah fail yang anda mahu simpan, klik menu File dan klik Write these files to the CD.

Langkah 7

Windows XP membuka tetingkap CD Writing Wizard. Letakkan nama untuk CD anda dan klik Next.

Sekiranya keluar tetingkap Cannot Complete the CD Writing Wizard, anda perlu membuang fail sementara yang terdapat di tetingkap CD Drive supaya tidak melebihi kapasiti maksimum 700MB. Sekiranya anda telah membuang fail, ulang langkah 6.

Kembali ke CD Writing Wizard. Klik Retry writing the files to the CD dan klik Next.

Langkah 8

Jika CD Writing Wizard melakukan salinan maksimum sehingga 700MB, ia akan mengambil masa sehingga 30 minit tapi itu bergantung berapa besar atau saiz fail anda.

Langkah 9

Setelah selesai menyalin fail ke CD, klik Finish.

CD anda akan keluar secara automatik




 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: