Friday, 2025-07-04, 4:51 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus
kaizerDate: Wednesday, 2009-03-11, 3:23 PM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

* PC menjadi hang selepas dibuka, dan kerap plak berlaku.

* Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.

* Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.

* Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.

* Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.

* Ada program yang tidak pernah diinstall sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.

* Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.

* Kita tidak boleh menginstall sebarang program atau aplikasi baru.

* Windows seringkali reboot ketika digunakan dan proses reboot berlaku berulangkali.

* Utiliti cakera seperti scandisk melaporkan banyak error pada cakera selepas melakukan imbasan cakera.

* Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.

* Drive partition bagi cakera keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.

* Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua extension.

* Perisian antivirus hilang tiba-tiba atau tidak aktif secara tiba-tiba.

* Perisian Antivirus tidak boleh di install atau dibuang.

* Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.

* Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.

* Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.

* Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun kita tidak pernah menginstall sebarang perisian sebelum ini.

* Muzik atau video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.

* Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.

* Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.

* Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.




 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: