Saturday, 2025-02-08, 11:12 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
lelaki pokok
faisalDate: Sunday, 2009-03-22, 8:32 AM | Message # 1
Member
Group: member
Messages: 26
Status: Offline
JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia, Dede yang dikenali sebagai 'lelaki pokok' hilang kemampuan bagi menggerakkan tangannya walaupun dia sudah menjalani tiga pembedahan pada tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu yang sebahagian badannya ditumbuhi ketuat seperti kulit pokok menjalani pembedahan terakhir pada Ogos lalu bagi membuang enam kilogram ketuat dari badannya.

Seorang doktor di sebuah hospital di Bandung, Dr. Rachmat Dinata berkata, selepas menjalani pembedahan pada Ogos lalu, Dede mampu menggunakan pen dan mengangkat objek.

"Bagaimanapun, selepas pembedahan, tangannya membengkak sebanyak 30 peratus dan ia tidak boleh berfungsi dengan normal," katanya.

Dr. Rachmat memberitahu, Dede perlu menjalani sekurang-kurangnya dua lagi pembedahan pada tahun depan.

DEDE duduk di depan rumahnya di Kampung Tanjung Jaya, Bandung Jumaat lalu.

Keadaan Dede itu berpunca daripada kegagalan genetik yang mengganggu sistem pertahanan tubuh daripada menangkis serangan kulat.

Menurut Rachmat, ketuat di hampir keseluruhan badan lelaki itu mungkin kes paling teruk di dunia.

Ketuat seperti kulit pokok itu mula tumbuh di badan Dede ketika dia berumur 15 tahun selepas kakinya luka menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja sebagai nelayan.

Akibat daripada keadaannya yang menakutkan itu, Dede yang berumur 36 tahun gagal memperoleh pekerjaan, ditinggalkan isterinya dan dipinggirkan oleh penduduk kampung.

Bagi memperoleh pendapatan, dia menyertai pertunjukan orang pelik di sebuah sarkas di Bandung. - Agensi

p/s:seperti yg diketahui,lelaki ni dh wt 1 pembedahan membuang ketuat dia.berkilo jgk la yg dpt dibuang.dan cerita terbaru mengatakan bahawa ketuat lelaki ni tumbuh blk.dijangka bln 1 ni akan wt 1 lg pmbdhn.smga hlg trs la ketuat die 2.


apa2aje.tk the best :)
 
zam06Date: Wednesday, 2009-03-25, 4:02 AM | Message # 2
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline
takutnye
wacko


Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
kaizerDate: Wednesday, 2009-03-25, 12:22 PM | Message # 3
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
bersyukurlah kita dijadikan sempurna tanpa cacat cela..aminn



 
zam06Date: Thursday, 2009-03-26, 1:53 AM | Message # 4
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline
amin

Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: