Saturday, 2025-02-08, 11:05 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Aminah Abdullah calon Bebas di Dun Penanti
kaizerDate: Tuesday, 2009-05-12, 2:44 AM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Mohd Sabri Said
Mon | May 11, 09 | 4:35:47 pm MYT

PULAU PINANG, 11 Mei (Hrkh) - Puan Aminah Abdullah 56 tahun merupakan orang pertama mengambil borang pencalonan sebagai calon bebas untuk bertanding di N12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti pada 31 Mei ini.
Iklan


Beliau yang pernah menjawat jawatan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bukit Bendera dari tahun 1999 sehingga 2007, Exco Wanita KeADILan Pusat 2000-2007, Timbalan Ketua Wanita KeADILan Negeri pada tahun 2000-2004 dan seterusnya sebagai Ketua Wanita KeADILan Negeri Pulau Pinang dari 2004-2007 sebelum meletakan jawatan pada 13 Julai 2007 ekoran krisis dalam parti berkenaan.

Aminah yang mempunyai empat orang anak kesemuanya perempuan di temani suaminya, Mohd Rofi Osman yang juga bekas Ketua KeADILan Bahagian Bukit Bendera mengambil borang di Pejabat Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) Pulau Pinang di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) pukul 10.30 pagi tadi.

Semasa ditanya apakah tujuan kemasukan beliau sebagai calon bebas pada pilhan raya kecil itu nanti beliau menegaskan, semata-mata mahu menegakan kebenaran dan keadilan yang sudah mulai hilang daripada parti tersebut.

Menurutnya, tindakan beberapa individu dalam KeADILan sendiri menyebabkan beliau meletakan jawatan dan bergerak atas Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerak yang dipolopori oleh bekas Angkatan Muda KeADILan, Ezzam Mohd Noor.

Walaupun Ezzam tidak lagi mengetuai Gerak namun beliau tetap bersama NGO berkenaan sebagai Penyelaras Gerak Pulau Pinang sehingga hari ini.

"Saya tidak pernah sertai Umno dari dulu sampai sekarang. Perjuangan saya tetap untuk mengembalikan keadilan yang sejati demi memansuhkan perjuangan yang tidak ikhlas," ujarnya.

Menyentuh adakah kemasukan beliau merupakan tajaan Umno atau di dalangi oleh Ezzam beliau berkata, ia tiada kaitan sama sekali semuanya menggunakan wang sendiri. - mns_




 
zam06Date: Wednesday, 2009-05-13, 4:57 AM | Message # 2
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline
betul ker
bleh percaya ker die gune duit sdiri
tk dpt majority
tk dapat blik duit tue
rugi ler
baik bg aku 10ribu tue
bleh aku buat downpayment beli kereta


Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
kaizerDate: Wednesday, 2009-05-13, 5:09 AM | Message # 3
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
itu x pasti la plak..
dunia skrg macam2
tapi mesti ada udang disebalik mi
lau x buat apa nak membazirkan duit
rm10k bukan kecik
bukan 10k mata wang indonesia




 
zam06Date: Wednesday, 2009-05-13, 5:23 AM | Message # 4
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline
tue pasal
kalu duit tue bg kt anak2 yatim ker, org2 miskin ker
kn bagus


Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
kaizerDate: Wednesday, 2009-05-13, 5:35 AM | Message # 5
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
x pun bagi kat aku jer...
aku pn ngah kering kontang nie dry




 
zam06Date: Thursday, 2009-05-14, 7:06 AM | Message # 6
Premium Member
Group: member
Messages: 269
Status: Offline
smile

Hidup di Teruskan ntuk Gunner
 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: