Cerita ini berkisah tentang 5 orang pelajar jurusan performing arts dari UITM yang terpilih untuk mengadakan lawatan sambil belajar selama 7 hari di Jogjakarta. Sepanjang berada di Jogjakarta, mereka menjalani pelbagai aktiviti melibatkan kursus mereka di Malaysia.
Lima orang pelajar ini terdiri daripada 3 orang perempuan (Mira, Trisha & Ika) dan 2 orang lelaki (Rozan & Didi). Mira agak pendiam dan berdarah separuh Indonesia, Trisha yang rugged dan agresif manakala Ika adalah gambaran seorang gadis yang lembut dan kurang adventurous. Rozan sentiasa merasakan dirinya ketua, tidak percaya kepada perkara seperti hantu & sebenarnya menaruh perasaan terhadap Mira. Didi pula seorang lelaki yang kurang tegap, berkaca mata dan penakut.
Satu hari, Kelima-lima mereka telah dibawa melawat ke Muzium Kesenian Jogja yang menghimpunkan pelbagai koleksi sejarah, kesenian dan peralatan muzik sejak dari zaman Kerajaan Majapahit, Kerajaan Matara, purba, tamadun Hindu Mataram hinggalah zaman Gong purba yang kecil menarik perhatian pelajar- pelajar ini terutamanya Trisha yang paling nakal di antara mereka.
Pandangan Trisha dan Mira terikat pada Gong purba Mataram itu yang seakan-akan menyeru semangat mereka. Mira akhirnya meninggalkan Trisha seorang diri menikmati Gong tersebut.
Sekembalinya mereka semua ke Sanggar tempat penginapan mereka itu, kelima-lima mereka terkejut apabila mendapat tahu Trisha telah mencuri keluar Gong purba kecil tersebut. Tiga daripada mereka membantah sekeras kerasnya tindakan Trisha tetapi dikatakan gong tersebut dapat menghasilkan bunyi yang agak ganjil berbanding dengan gong-gong biasa. Tambahan pula, ukiran di keliling Gong tersebut juga amat pelik dan mengagumkan. Jika diberi masa, mungkin mereka dapat mempelajari sesuatu daripada Gong tersebut.
Pada malam itu, ketika semua orang sedang tidur, Trisha telah mengejutkan Ika dan memberitahu niatnya untuk memukul gong tersebut. Trisha terasa seperti Gong tersebut menyeru dirinya.
Sebelum subuh itu, sewaktu kesemua mereka menyambung lena, sesuatu lembaga hitam telah muncul daripada kegelapan di luar dan terawang-awang dengan perlahan-lahan menghampiri Gong tersebut yang kebetulannya diletakkan bersama alat-alatan gamelan yang lain. Sementara itu, di bilik tidur perempuan, Trisha yang sedang nyenyak tidur tidak menyedari yang di hujung katilnya sebuah lembaga hitam yang berambut panjang dan kasar sedang melengkung berdiri memerhatikan wajahnya.
Bermula dari saat itu, kelima-lima mereka akan berhadapan dengan pengalaman menyeramkan yang bertambah mengerunkan dari masa ke semasa kerana lembaga tersebut akan menggangu mereka tanpa mengira tempat dan waktu sehinggalah mereka semua menjadi kalut seperti tiada jalan keluar..
Lakonan : Jehan Miskin, Fasha Sandha, Elyana, Faizal Yusuf, Sharifah Sofia
Arahan : Sandosh Kesavan
Terbitan : Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 24 Ogos 2006
Kod:
http://rapidshare.com/files/32293404/Gong.part1.rar
http://rapidshare.com/files/32296932/Gong.part2.rar
http://rapidshare.com/files/32300392/Gong.part3.rar
http://rapidshare.com/files/32301229/Gong.part4.rar