Friday, 2024-05-10, 2:14 AM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » Novel melayu » ..:: Kisah Keajaiban Dunia (siri 5) - 3 Jam Terperangkap di
..:: Kisah Keajaiban Dunia (siri 5) - 3 Jam Terperangkap di
kaizerDate: Saturday, 2009-02-28, 3:15 AM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Tanggal 4 Ogos 1951, fajar belum lagi menyingsing. Laut bergemuruh oleh derai ombak yang menghentam karang di kawasan pesisir Puys, Perancis. Subuh yang tenang dan damai. Namun hari itu berubah menjadi pengalaman menakutkan bagi dua pelancong perempuan berasal dari Britain yang sedang berlibur di Puys.

Puys, sebuah desa ditepi pantai dekat pelabuhan Dieppe di Normandy, Perancis menjadi lokasi rehat alternatif dengan pemandangan pantai, beting, dan tebing karang. Romantis untuk sebahagian orang yang suka laut. Hal ini yang mendorong dua pelancong perempuan itu memilih Puys sebagai tempat liburan musim gugur. Namun pengalaman liburan itu menjadi kenangan tak terlupakan bagi mereka.

Subuh hari itu, kedua-dua pelancong perempuan itu terbangun oleh riuhnya suara tembakan senapang. Suara itu semakin menguat dengan rentetan tembakan yang semakin hebat disusul jeritan dan tangisan yang sangat kacau, lalu terdengar dengung sejumlah pesawat pengebom, ledakan bom, tembakan mortar dan tembakan meriam, teriakan… Kedua-duanya panik bukan kepalang. Mereka kini seolah berada di tengah medan pertempuran yang sangat hebat.

Suara demi suara pertempuran itu tetap bergema dan terdengar jelas oleh mereka. Namun mereka tak berani untuk keluar dari bilik. Hanya menirap dan bersembunyi ketakutan di sudut bilik mereka. Tubuh menggigil akibat suara tembakan dan ledakan yang kadang terdengar sangat dekat, atau suara-suara perintah khas askar dalam bahasa Britain dan Jerman, jeritan kesakitan, dan esakan tangisan.

Selama kurang lebih tiga jam mereka mendengar jelas semua suara pertempuran di luar sana. Sampai akhirnya suara-suara mengerikan itu semakin samar… samar… dan hilang! Debur gelombang menghentam karang sayup kembali terdengar. Fajar sudah menyingsing.

Setelah menenangkan diri, kedua-duanya kemudian memberanikan diri keluar kamar. Dengan ketakutan dan berhati-hati mereka mengintip keluar jendela. Pemandangan di luar sana normal. Tak ada bekas pertempuran baru sama sekali. Hanya rumah, karang, pantai, pepohonan… suasana harian di Puys.

Mereka kemudian bertanya-tanya kepada beberapa orang yang berada berhampiran sana, apakah mereka mendengar suara pertempuran sebentar tadi? Semua hanya menggeleng dengan wajah bingung. Tak ada pertempuran apapun apalagi suara tembakan dan ledakan bom. Seorang penduduk tempatan yang agak tua mengatakan tak ada pertempuran baru di Normandia setelah D-Day "Operation Overlord" (1945) dan Operation Jubilee (1942). Pakcik itu menjelaskan bahawa Pelabuhan Dieppe, Puys and Pourville merupakan pusat pendaratan pasukan bersekutu (Britain, Kanada, AS dan Polandia) dalam Operation Jubille pada 19 Ogos 1942.

Oleh itu, apakah yang sebenarnya terjadi? Kedua-dua pelancong Britain itu sungguh tidak mengerti. Mereka sangat yakin bahwa apa yang mereka dengar adalah sebuah pertempuran yang bahkan seolah seperti mereka lihatnya. Dalam kebingungan, mereka kemudian membuat laporan ke penguasa setempat mengenai fenomena tersebut. Mulanya laporan itu diabaikan, namun akhirnya sebuah lembaga khusus di Britain tertarik akan hal tersebut.

Ditir yang Menghairankan

British Society of Psychical Research lah yang kemudian melakukan penyelidikan dan penelitian terhadap fenomena tersebut. Mereka sangat yakin bahawa apa yang dialami oleh kedua pelancong perempuan Britain itu adalah sebahagian dari misteri alam yang tidak pernah terungkai. Namun mereka mempunyai pendapat, kemungkinan keduanya telah terjebak dalam "kedutan waktu". Suatu fenomena terbukanya suatu tenaga luarbiasa di suatu tempat yang memungkinkan orang biasa merasakan apa yang telah terjadi di masa lalu. Benarkah?

Mungkin saja benar. Kerana penelitian terhadap laporan pelancong itu memang menunjukkan persamaan peristiwa dengan kejadian nyata di Puys dalam Operation Jubilee, iaitu operasi tempur tentera bersekutu di Normandia untuk melawan tentera Jerman yang menyerang Perancis pada 19 Ogos 1942. Operasi itu gagal dan kemudian di lancarkan operasi tempur berikutnya "Operation Overlord" D-Day pada 6 Jun 1945 yang berjaya mengalahkan dominasi tentera Jerman di Perancis.

Bukti-bukti kebenaran dari cerita kedua pelancong itu dibuktikan dengan penelitian terhadap data rahsia tentera yang tidak pernah diterbitkan. Hasilnya ada sejumlah besar persamaan persitiwa yang menghairaikan semua pihak.

Walaupun kedua pelancong itu mengetahui kisah tentang Operasi Jubilee di Dieppe dari kebanyakan buku-buku yang di terbitkan semasa itu, mereka tidak mungkin akan mendapat maklumat-maklumat penting seperti yang tercatat dalam data rahsia tentera itu. Namun kenyataannya mereka boleh memberitahu cerita ditir yang hampir sama dengan data rahsia tentera tersebut!

kredit to tokeikedai happy




 
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » Novel melayu » ..:: Kisah Keajaiban Dunia (siri 5) - 3 Jam Terperangkap di
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: