Monday, 2024-05-20, 5:01 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » Novel melayu » ..:: Andai sudah suratan.. ::..
..:: Andai sudah suratan.. ::..
kaizerDate: Saturday, 2009-02-28, 3:14 AM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
cinta..sememangnya indah bagi yang merasai kebahagiaannya dan yang merasai pahitnya pastinya cukup lah sekali ianya hadir dalam hidup ini... sama lah seperti aku yang kini telah berkali-kali kecewa dengan cinta..ingin sekali rasanya aku membuang cinta ini..biarlah hati ini terus tandus dari cinta..tapi hati ini tidak mampu..aku hanya insan biasa yang memerlukan kasih,sayang,sokongan dari insan yang bernama kekasih..aku mula mengenali cinta ketika berada di kolej..aku telah jatuh hati dengan abang teman baikku sendiri.pada mulanya hubungan aku dengannya seperti biasa tiada apa-ape perasaan yang wujud..setelah aku mula rapt dengan keluarganya aku mula jatuh hati dan sayang..ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan..

dia hadir ketika aku amat-amat memerlukan sokongan..hampir 3 bulan kami bercinta rupanya ada hati yang tidak menyenangi perjalanan hubungan kami..hati yang dimaksudkan adalah adiknya sendiri iaitu kawan baik ku sendiri..ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari...kasih yang ku harapkan begitu teguh rupanya roboh..aku di fitnah dengan berbagai-bagai cerita yang kurang menyenangkan dan orang yang ku anggap akan menyebelahiku rupanya berpaling tadah..aku dihina,dicerca bagaikan tiada harga diri..aku bagaikan tiada semangat untuk terus belajar..tapi demi masa depan aku gagahkan jua..untuk melupakan kenangan silam amat sukar..aku mengambil keputusan untuk bertukar kampus..aku harap dengan mebuat keputusan bertukar kampus dapatlah aku memulakan kehidupan yang baru...berada di kampus baru memerlukan belanja yang banyak.. untuk mengurangkan beban tersebut aku mengambil keputusan bekerja sambilan dapatlah aku melupakan apa yang terjadi pada aku dan juga dapat lah aku menambah duit poket..

hampir setahun aku hidup tanpa kehadiran seorang insan bernama kekasih...aku mengenali seorang jejaka yang bernama mawi secara tidak sengaja ditempat kerja.aku mula takut untuk membuka pintu hati ini kembali..bimbang aku akan ditinggalkan..tapi apakan dayaku aku insan yang memerlukan teman dikala kesunyian dikala hati ini kesorangan.. hubungan aku dengan mawi makin hari makin rapat dan dia jugalah yang memberi sokongan dalam pelajaranku sehinggalah aku menamatkan pelajaran..dia sentiasa disisi dikala aku memerlukannya..mawi mula mengajak aku mengenali keluarganya..dan dia pula ingin mengenali keluargaku dengan lebih dekat..alangkah bahagianya hati ini..kami mula merancang masa depan,, bertunang kemudian berkahwin seperti insan-insan lain..ku sangkakan kebahagian ini berpanjangan tapi rupanya hujan di tengahari..ketika mawi dinaikkan pangkat dan ditukarkan tempat kerja..dan aku mula bekerja di sebuah syarikat swasta..dia mula jarang menghubungiku..aku fikir mungkin kami terlalu sibuk..makin hari hubungan kami makin renggang..kaku..sehinggalah pada suatu hari ibu mawi menghubungiku yang dia akan bertunang dengan insan pilihan hatinya..ibunya menuduhku berkawan dengan mawi hanya sekadar kerana tergilakan harta bendanya sahaja.. ya tuhan dugaan apakah yang kau berikan padaku..aku bukan seperti yang disangka..kalau lah benar aku memandang harta benda mana mungkin aku sanggup susah senang dengannya selama 2 tahun..hati yang dulu lukanya hampir sembuh kini berdarah kembali bagaikan tidak akan sembuh lagi...

aku terima takdir tuhan dengan hati yang terbuka..aku redha dengan dugaan mu tuhan..bertahun aku mengambil masa untuk melupakan kesedihan ini..memulakan langkah baru amat perit..jatuh..bangun..dan jatuh kembali..terasa diri kembara sendirian..tatkala hati ini memerlukan tempat untuk berpaut mujurlah ada juga insan yang sudi menghulur bantuan..aku mengenali seorang insan yang umurnya lebih muda dari ku 4 tahun..pada mulanya aku anggap dia hanya seorang adik..tetapi perasaan sayang mula timbul..hadirnya mula merawat kembali luka yang lama tiada sembuhnya..hubungan kami berjalan seperti biasa sehinggalah pada hari ulang tahun kelahiranku dia menghadiahkan aku sebentuk cincin..katanya sebagai tanda kasih sayang..aku amat terharu dengan pemberian tersebut katanya dia akan menjagaku hingga ke akhir hayatnya..mungkin inilah jodoh bisik hati kecilku ini..belum pun sampai setahun hubungan ini...sekali lagi hati ini kembali berdarah..dia memutuskan hubungan...ku tenggelam dalam cinta tidak berdasar dan bertepi ku terkorban dalam cinta tak beralasan...aku tidak tahu kenapa dia telalu membenci diri ini.apakah salahku hingga kau membenci diri ini sedemikian rupa? ya allah kau tabahkan lah hati hamba mu ini..berikanlah aku kekuatan dalam aku menempuh segala dugaan yang kau berikan..andai ini suratan buatku siapalah aku untuk mempersoalkannya..

kredit to tokeikedai happy




 
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » Novel melayu » ..:: Andai sudah suratan.. ::..
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: