Monday, 2024-05-20, 2:25 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » Novel melayu » ..:: Cinta Itu Masih Belum Terpadam - Episod 2 ::.. (kredit to tokeikedai)
..:: Cinta Itu Masih Belum Terpadam - Episod 2 ::..
kaizerDate: Saturday, 2009-02-28, 3:12 AM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Keesokan harinya Nabila bersiap lebih awal. Telefon bimbitnya berdering. Terkejut Nabila apabila mendengar suara Zafrim di telefon, “Cik Nabila, I kat parking kondo you ni.”

“Kenapa?” Nabila bertanya seperti orang bodoh. Zafrim ketawa sambil berkata, “Let me send you to your office.”

“Kan I dah kata tak payah, Encik Zafrim. I can take a taxi.”

“Habis tu takkanlah you nak suruh I balik semula. I dah sampai ni.”

Nabila serba salah. Dia tidak menyangka yang Zafrim akan datang pagi itu. Akhirnya dia bersetuju. Bergegas dia keluar menuju lift. Zafrim bersandar pada BMW putih sambil tersenyum. Dia kemas dengan kemeja biru muda dan berseluar hitam. “Kayanya dia ni. Satu kereta accident bawak yang lain pulak,” Nabila berkata-kata dalam hati. Nabila mendekati Zafrim dan bagai terpaksa membalas senyum Zafrim.

Seperti tahu apa yang bermain di fikiran Nabila, Zafrim memberitahu, “Ini kereta my father. Pinjam kejap nak tunggu kereta I siap.” Nabila hanya melemparkan senyuman. Zafrim membuka pintu kereta untuk Nabila.

Di dalam perjalanan Zafrim sekali lagi mengatakan yang dia akan menghantar dan mengambil Nabila. Nabila akhirnya tidak berdaya hendak menolak. Kalau ditolak pun dia rasakan yang pasti Zafrim akan datang juga untuk menjemputnya. Dan selama seminggu itu Zafrim menghantar dan mengambil Nabila pergi dan balik kerja.

Pada satu pagi kebetulan Nabila turun dari rumah serentak dengan Nani. Itulah pertama kali Nani bertemu dengan Zafrim. Waktu malamnya Nani berkata kepada Nabila, “Hai kalau accident dengan mamat handsome macam tu, I pun suka jugak.” Hampir tersembur air minuman dari mulut Nabila. Dia ketawa. “Nani, Nani,” Nabila menggeleng kepala. “Tak berbaloilah dengan kesusahannya akibat accident tu, Nani. Nak ke mana-mana pun payah,” Nabila menyambung kata-katanya.

“Eh payah apanya. Pergi balik kerja dia yang ambil dan hantar,” kata Nani. “Haaa kalau you dah berkenan dgn dia, bolehlah kalau nak berkenalan. Nombor telefon dia pun I ada. You nak ke?” Tanya Nabila sambil tersenyum. Temannya Nani memang suka berterus terang tentang apa sahaja. Mereka berkenalan sejak Nabila mula bekerja di Shah Alam. Nani mengiklankan bilik kosong di rumah yang baru sahaja dibelinya dan kebetulan pula Nabila sedang mencari tempat untuk menginap. Namun perkenalan yang baru setahun lebih itu telah menjadi akrab. Nabila amat senang dengan sikap Nani yang tidak suka menyembunyikan apa-apa pun. Segala perasaannya samada senang atau susah akan diluahkan kepada Nabila. Setiap hari ada sahaja cerita dari pejabat yang dibawa pulang untuk dikongsi dengan Nabila. Nani juga memang suka bergurau membuatkan Nabila tidak pernah merasa sunyi walaupun berjauhan dari keluarganya yang di selatan tanah air.

“I ni risau jugaklah, Nani. Dah lebih seminggu ni, kereta tak siap lagi,” Nabila meluahkan kerisauannya. “Bila dia cakap akan siap?” Tanya Nani. “Entahlah, dia tak pernah cakap pun bila akan siap,” jawab Nabila. Nani menepuk dahinya, “Apalah you ni, Nabila. Kalau you tak tanya macamana nak tau? Tanyalah wahai cik kak ooooi.....”

“Nak kena call ke?” Nabila bertanya bodoh. Nani ketawa, “Habis tu you nak tanya macamana? Melalui alam ghaib?” Nabila ikut ketawa. Sebenarnya dia merasa malu untuk bertanya.

Nabila masuk ke bilik untuk mencari kad nama yang diberi oleh Zafrim. Dia keluar bersama telefon bimbitnya. Nabila duduk di sofa panjang. Nani bangun dan duduk di sebelah Nabila, “He he he I nak tumpang sibuk, boleh?” Nabila hanya menjeling. Dia menekan butang telefon dan melekapkan telefon ke telinganya. Nani pula mendekatkan telinganya ke telefon Nabila. Zafrim sudah mengangkat telefon pada deringan pertama, “Hello, Cik Nabila? Ada hal apa?” Kedengaran suara Zafrim di talian. Nabila tergamam. Dia terkejut kerana Zafrim begitu cepat menjawab panggilannya. “Hello, Cik Nabila?” Zafrim menyapa lagi setelah tiada jawapan dari Nabila.

“Er, Encik Zafrim, sa..sa..saya nak tanya pasal kereta saya tu....,” Nabila tergagap-gagap. Nani sudah menutup mulutnya menahan ketawa melihat wajah Nabila yang gelabah. “Kenapa?” Zafrim bertanya lagi. “Agaknya bila kereta tu siap?” Nabila bertanya perlahan. Zafrim terdiam seketika. Sebenarnya baru sebentar tadi mekanik yang membaiki kereta Nabila sudah menelefonnya memaklumkan yang kereta Nabila sudah siap dan boleh diambil pada bila-bila masa. Memang Zafrim sendiri berpesan supaya kereta itu dapat disiapkan dengan segera. Tambahan pula mekanik itu kawan kepada adiknya.

“Err, Cik Nabila, let me call the mechanic first. I’ll call you in a few minutes’ time, ok?”

“Ok, bye,” Nabila mematikan talian.

“So?” Tanya Nani. “Kejap lagi dia call balik. Dia nak call mekanik tu dulu nak tanya,” jawab Nabila. “I rasalah, Nabila kereta you tu dah siap. Dia sengaja taknak beritahu kat you sebab dia nak dating dengan you tiap-tiap hari,” Nani memberikan teorinya. Nabila menepuk bahu Nani, “Apalah punya teori you ni. Tak logik langsung.” Nani ketawa.

“Logik sebenarnya, Nabila. Mana ada orang yang sanggup hantar dan ambil kerja kalau bukan tunang ke, suami ke, girlfriend ke. You pun tak pernah kenal dia. Alih-alih dia willing nak hantar dan ambil ke tempat kerja. Kalaulah rumah dia jauh lagilah susah. Eh, kat mana dia tinggal?”

Nabila berkerut. Dia tidak pernah bertanya tempat tinggal Zafrim. Dia cuma mengagak yang Zafrim tinggal di Shah Alam juga. “Entah, I tak pernah tanya. Kat Shah Alam jugak kot. Dia pun kerja kat sini.”

“Apa kena you ni Nabila. Alamat tempat tinggal adalah di antara perkara pertama yang orang tanya bila mula berkenalan.”

“I ni bukan nak berkenalan dengan dia. Dah terpaksa. Kalau tak accident, tak adalah I kenal dia pun.”

“Hish susahlah bercakap dengan orang lurus bendul macam you ni, Nabila.”

Telefon Nabila berdering. “Jangan lupa tanya kat mana dia tinggal,” Nani menyuruh. Nabila mengerling tajam.

“Hello, Encik Zafrim.”

“Hello, Cik Nabila. Err kereta you siap maybe next week.”

“Next week? Kalau macam tu tak apalah.”

“Don’t worry, Cik Nabila. I’ll send you to work lagi next week.”

“Eh tak payah, Encik Zafrim. I can go with my housemate. I taknak susahkan you lagi. You kena datang dari your house pagi-pagi lagi. Rumah you jauh kot?”

“Tak jauhlah. I duduk Subang Jaya.”

“Subang Jaya?” Nabila bertanya dengan nada terkejut.

“Anyway, I pun memang kena pegi kerja kat Shah Alam. It’s not a problem at all.”

Nabila terdiam. Dia memang tidak menyangka yang Zafrim sanggup datang di awal pagi untuk menghantarnya ke tempat kerja. Dia merasa bersalah terhadap Zafrim. “Encik Zafrim, tak payah lah you hantar lagi. I feel guilty pulak. I can go to work with my house mate.”

“No, tak menyusahkan pun. Really, it’s ok,” Zafrim cuba meyakinkan. Nabila terdiam tidak tahu bagaimana hendak menolak lagi. “Macam ni,” sambung Zafrim, “Kalau you rasa guilty, esok you belanja I lunch. You tak kerja kan? I’m going to my office tomorrow, ada kerja sikit. Tengahari I datang ambil you, kita lunch.”

“Lunch?” Nabila bertanya kembali seperti orang bodoh. Nani memandang Nabila dengan mata yang dibulatkan. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya memberi isyarat supaya Nabila bersetuju. Dia sudah dapat mengagak sudah pasti Zafrim mengajak Nabila untuk makan tengahari.

“Iye, lunch. Ok ye?” Zafrim bertanya. “Let me think about it.” Zafrim agak terkejut dengan jawapan Nabila. Dia menyangka sudah tentu Nabila akan bersetuju. “Kalau macam tu, I’ll wait for your call,” Zafrim bersuara perlahan. “Bye, Encik Zafrim.” Nabila memutuskan talian.

“What are you doing, Nabila?” Nani membeliakkan matanya. “Apa dia?” Nabila bertanya kembali. “Kenapa you tolak nak pegi lunch dengan dia?” Nani bertanya dengan suara yang tinggi. “I tak tolak, I kata let me think about it.”

“Samalah tu, Cik Nabila. Eh, by the way, korang berdua ni cakap ber”cik” dan ber “encik” ke?” Nani bertanya lagi. “Dah tu nak panggil apa? Kita ni kan kenalah berbudi bahasa, Nani.”

“Hish, ada ka dating ber“encik-encik”,” Nani mencebik. “Kenapa you ni, Nani? Kitorang bukan datinglah. Sekadar pergi balik kerja. Dia pun buat tu sebab dia rasa dah menyusahkan I sebab tu dia offer nak hantar ke tempat kerja.”

Nani menggeleng-gelengkan kepala. Ada kalanya teman serumahnya ini memang pelik. Dia rasakan Nabila terlalu “naive”, tidak mahu memikirkan apa yang tersirat. Akhirnya dia berkata, “Malas nak cakap dengan you ni lah, Nabila. Tak faham-faham. Tapi tengoklah, I gerenti I ni betul.”

“Betul pasal apa, Nani?” Tanya Nabila. Nani mengambil kusyen di sebelahnya dan menepuk tubuh Nabila dengan kusyen tersebut. “You ni kan innocent sangat. I’m sure Encik Zafrim you tu dah jatuh hati dengan you.” Kata-kata Nani disambut dengan ketawa dari Nabila. “I gerenti you ni salah, Nani. Macam you cakap dia tu handsome. Orang handsome dan berjawatan macam tu bukan untuk orang kampung macam I ni. Pulak tu graduate from overseas lagi. Mesti girlfriend keliling pinggang.” Nabila bersuara menutup perbualan mereka tentang Zafrim.

kredit to tokeikedai




 
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » Novel melayu » ..:: Cinta Itu Masih Belum Terpadam - Episod 2 ::.. (kredit to tokeikedai)
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: