Peluang Kerjaya
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA
Iklan Pengambilan Pegawai Kerajaan
Untuk Berkhidmat Di Pejabat Konsular Pertanian Malaysia (MAC)
Luar Negara Tahun 2009 dan 2010
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pegawai Kerajaan Malaysia yang sedang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia adalah dipelawa memohon mengisi jawatan yang terdapat di Pejabat Konsular Pertanian (MAC) luar negara. seperti berikut:-
1a. JAWATAN KONSULAR PERTANIAN GRED 48 (Terbuka)
i. Konsular Pertanian di Hague, Belanda;
ii. Konsular Pertanian di Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu;
iii. Konsular Pertanian di Tokyo, Jepun;
iv. Konsular Pertanian di Bangkok, Thailand;
v. Konsular Pertanian di Sydney, Australia;
vi. Konsular Pertanian di Washington D.C, Amerika Syarikat;
1b. JAWATAN PENOLONG KONSULAR PERTANIAN M41/ 44
vii. Penolong Konsular Pertanian di Hague, Belanda;
viii. Penolong Konsular Pertanian di Beijing, China;
ix. Penolong Konsular Pertanian di Sydney, Australia
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
a. Terdiri daripada warganegara Malaysia;
b. Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan sekurang-kurangnya 6 tahun sebagai pegawai kerajaan bagi jawatan 1a dan 3 tahun bagi jawatan 1b;
c. Sedang menjawat gred jawatan yang dipohon secara hakiki ataupun secara pemangkuan
d. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
e. Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi yang cemerlang iaitu sekurang-kurangnya 85 % bagi 3 tahun terakhir secara berturut-turut (2006, 2007 dan 2008);
f. Berumur tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup permohonan;
g. Mempunyai prestasi kerja di tahap yang cemerlang;
h. Memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan untuk jawatan pinjaman; dan
i. Mempunyai kompetensi dan pengetahuan kerja yang sesuai dengan bidang
tugas jawatan pinjaman.
3. KEUTAMAAN KELAYAKAN
Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:-
a. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti akses pasaran bagi sektor pertanian, pengurusan dan pentadbiran pejabat, pengurusan pemasaran dan promosi, pengurusan kewangan dan akaun serta risikan pasaran;
b. Mempunyai perwatakan & peribadi yang sesuai dengan seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh berkerja dengan pengawasan yang minimum;
c. Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris serta bahasa rasmi negara yang dipohon;
d. Bebas dari tindakan tatatertib; dan
e. Disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.
4. CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang
KP/PSA/AB/BORANG KONSULAR bagi jawatan 1a; dan
KP/PSA/AB/BORANG PEN. KONSULAR bagi jawatan 1b.
b. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan; dan
c. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan dan dikemukakan kepada:-
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 13, Wisma Tani
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 PUTRAJAYA
(u.p : Pn. Esther Lew)
No. Tel : 03-8870 1211
No. Faks : 03-8888 6909
5. TARIKH TUTUP
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas sebelum atau pada 28 April 2009 (Selasa). Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada Jabatan ini dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan.
6. PERTANYAAN
Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang perkara berkaitan boleh menghubungi :
Esther Lew 03-8870 1211
Zuraini Harun 03-8870 1257
Nur Aslina Sidek 03-8870 1244