Monday, 2024-05-20, 8:27 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Sembang Khusus:: » kesihatan » ARTRITIS PSORIATIK
ARTRITIS PSORIATIK
kaizerDate: Sunday, 2009-03-22, 2:26 PM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
ARTRITIS PSORIATIK

Sistem gastrousus dan penyakit kulit adalah antara penyakit yang sering dikaitkan dgn penyakit sendi dan kadangkala pemeriksaan sendi dapat dipastikan selepas seseorang mengadu mengalami penyakit kulit dan apabila diperiksa didapati menghidap penyakit sendi.Penyakit ini melibatkan sendi-sendi seperti jari-jari tangan,sendi-sendi besar seperti siku,bahu dan lutut,tulang belakang dan psycho illeum.

Tanda-tanda / simptom
1) Terdapat sakit kulit atau sakit sendi lebih awal daripada manifestasi sakit kulit.Biasanya kulit jadi kering,bersisik dan bila digaru terdapat keruping putih yang diikuti oleh pendarahan kecil.Kuku jari tangan dan kaki menjadi pecah dan rosak.

2) Sendi akan membengkak,merah dan tegang pada waktu pagi

3) Terasa ngeri dan sakit apabila sendi digunakan

4)Artritis tulang belakang menyebabkan pesakit menghadapi masalah semasa bangun untuk meluruskan badan akibat ketegangan sendi.

Kesan/ Komplikasi
a)Fizikal-mengakibatkan terjadinya kecacatan pada sendi.Sendi akan bengkok,sakit dan sukar digunakan.

b)Sosial-Pesakit mengasingkan diri daripada masyarakat kerana penyakit kulit yang ketara menimbulkan kecacatan pada sendi

c)Rawatan-ubat penahan sakit yang dimakan secara berterusan boleh mengakibatkan kesan sampingan pada buah pinggang dan perut.

Rawatan/ pengesanan
1)Sinaran X untuk memastikan penyakit ini tidak merosakkan sendi

2) Ubat-ubatan diberikan bergantung kepada tahap artritis yang dialami

3) Khidmat jurupulih anggota(fisioterapi)juga diperlukan

4) Khidmat kaunseling juga diberikan pada pesakit artritis




 
Forum » ::Sembang Khusus:: » kesihatan » ARTRITIS PSORIATIK
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: