Monday, 2024-05-20, 4:26 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Sembang Khusus:: » Pendidikan » Malaysian University English Test (MUET)
Malaysian University English Test (MUET)
adhwa88Date: Thursday, 2009-05-14, 3:22 AM | Message # 1
Moderator
Group: Blocked
Messages: 102
Status: Offline
Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti.

Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET.

Ujian ini diadakan dua kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada pertengahan tahun atau akhir tahun.

Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada awal bulan Januari dan ditutup pada akhir bulan Januari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Jun.

Calon sekolah/institusi hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon institusi yang tidak mengurus pendaftaran di institusinya dan calon persendirian individu, pendaftaran hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri. Borang pendaftaran boleh diperoleh di JPN dengan harga RM2.00 satu set. Yuran ujian ialah sebanyak RM60.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

Maklumat lanjut tentang ujian ini boleh diperoleh daripada :

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-61369663
Emel:ceo@mpm.edu.my

utk maklumat lanjut sila layari,
MUET


Tempat sekarang kamu berdiri itulah "KEPUTUSAN"
Satu langkah di depanmu itulah "RISIKO"
Satu langkah di belakangmu itulah "PENGALAMAN"
 
Forum » ::Sembang Khusus:: » Pendidikan » Malaysian University English Test (MUET)
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: