Monday, 2024-05-20, 5:59 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » cerita seram » KOLEKSI ADIBANJAR
KOLEKSI ADIBANJAR
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:11 AM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Kepala Berambut Panjang

Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolahohlah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!




 
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:12 AM | Message # 2
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Kepala Atas Kubur

Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...

Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".

Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?

Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.

"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolahohlah senyum kat aku.

Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.

"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.

Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!

Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.

Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam




 
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:12 AM | Message # 3
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Langsuir

Salam sejahtera. Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan tuhan di alam maya ini. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sebaik-baik ciptaan". Manusia juga dikurniakan sesuatu yang tidak ada pada sebarang makhluk lain... sesuatu yang disebut sebagai akal. Namun seringkali manusia sendiri tidak tahu menghargai pemberian tersebut, lalu mempersia-siakannya.

Hari sudah melangkah ke petang. Sebaik selesai menunaikan fardhu zohor, aku bergegas ke belakang rumah. Persediaan belum aku buat, sedangkan bila-bila masa dari sekarang bapa saudaraku akan sampai. Kami sudah sepakat untuk pergi memancing di Pulau Indah. Cuti persekolahanku kali ini dimulakan dengan aktiviti yang memang aku minat semenjak kecil lagi, memancing.

"Assalamualaikum...! Lan!." Ahh.. pakcikku dah sampai. "Dah siap ke belum?", laungnya lagi.

"Waalaikumussalam. Sini pakcik! Dah siap dah."

Setelah memeriksa semua keperluan, kami berangkat meninggalkan perkarangan rumah. Empat batang joran bersama keperluannya seperti mata kail, batu ladung dan sebagainya ada kami bawa bersama.

"Kita cari umpan dalam perjalanan nanti", kata pakcik.

"Okey", kataku sepatah. "Cantekkkkk," hatiku pula bersuara.

Perjalanan melalui lebuhraya agak membosankan. Aku menghidupkan radio bagi menghilangkan suasana sunyi. Pakcik terus memandu dengan tenang.

"Yeaaa... kita bersama lagi petang ini dengan lagu pembukaan yang digilai ramai sekarang, Isabella...".

Suara juruhebah kesukaan ramai, Jond, berkumandang di udara. Aku juga salah seorang peminat setianya. Persembahannya memang hebat.

Aku melayan perasaan sendiri. Pakcikku bersiul kecil mengikut rentak lagu yang sedang berkumandang. Aku ikut terhibur.

Selang beberapa minit, pakcikku menghentikan kereta di bahu jalan.

"Ada orang jual umpan tu. Mari kita tengok."

Sebaik selesai urusan membeli umpan, kami meneruskan perjalanan. Kami hanya memerlukan lebih kurang setengah jam sahaja untuk sampai ke tempat tujuan.

Kehijauan pepohon bakau melenyapkan terus keletihan. Alangkah cerianya beburung berterbangan bebas. Terlupa seketika bahawa aku akan menduduki peperiksaan PMR tak lama lagi.

"Meh sembahyang asar dulu."

Aku mengambil wudhuk dan kami berjamaah. Selesai berdoa, kami mengambil joran masing-masing dan mula memasang mata kail. Aku yang sudah biasa dengan joran dan kail, tidak berasa kekok lagi. Semuanya aku buat sendiri.

Kelihatan beberapa orang sedang leka dengan kail masing-masing. Ada juga yang sekadar menonton.

Zuuppppp... Aku melepaskan tali pancing. Kami mula menunggu, setelah semua joran dipasang. Moga-moga kami berjaya hari ini, insya Allah.

Matahari sudah mula terbenam, namun joran kami masih belum terusik. Sesudah beberapa kali memasang umpan, hanya riak halus air yang kelihatan. Kami ambil keputusan untuk bersolat dahulu.

Sesudah solat, kami makan nasi bekal yang disediakan oleh ibu di rumah tadi, sambil sedia untuk bertindak andainya pancing terusik. Sesudah makan, kami kembali tumpukan perhatian kepada pancing.

"Isy... kenapa tak ada sekor pun naik ni?", bisik hati aku. "Belum rezeki agaknya..."

Ketika aku asyik memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku duduk. Aku mula memerhatikan objek tersebut yang berkelakuan seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan bermain-main di permukaan air.

"Apa tu aaa...? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahayanya tu." Namun kata-kata itu tidak aku tuturkan.

Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan perlahan terbentuk suatu objek lain yang sesunggunya menyebabkan aku tergamam. Jelas di hadapanku, kelihatan satu lembaga berbentuk kepala. Mukanya hodoh dan berambut panjang mengurai.

Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pakcikku yang tadi berada tidak jauh dariku kini sudah hilang. Aku berasa amat takut. Lembaga tersebut menggebang-gebangkan rambutnya seperti sayap burung dan memandang ke arahku. Matanya yang merah membuatkan aku semakin takut.

Tiba-tiba aku rasa seluarku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari belakang.

"Lan! Lan oii...! Kau tengok apa tu?"

Mulutku cuba untuk-untuk berkata-kata tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang ke arah lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur. Seketika kemudian, ia lenyap sepenuhnya. Aku tetap tak boleh bercakap, walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingku. Pakcikku terus memanggil-manggil namaku.

Semakin lama aku rasa semakin lemah dan akhirnya aku pengsan.

Keesokannya, aku mula sedar. Aku berada di rumah dan ibuku berada di sebelah.

"Mana pakcik?" spontan aku bersuara.

"Pakcik ada kat luar tu...", ibuku menjawab.

Aku rasa badanku lemah, tapi aku masih boleh melangkah perlahan-lahan ke serambi rumah.

Pakcikku yang sedang leka menghembuskan asap rokoknya, lantas membetulkan duduknya apabila aku bersila berhampiran dengannya.

"Kau kena sampuk semalam agaknya". Pakcikku bersuara sambil tergelak kecil.

Aku cuma mendengar apa yang diceritakannya. Katanya, dia lihat aku seolahohlah dipukau sesuatu dan langsung tak hiraukan panggilannya. Dia terus mengangkat semua joran dan mengemaskan barang. Aku kemudiannya didukung masuk ke kereta dalam keadaan kejang, seperti terkena kejutan elektrik.

Aku tak dapat huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali teringat, aku akan berasa takut. Sehingga ke hari ini, aku tidak berani memancing pada waktu malam. Mungkin aku dah kena fobia agaknya.




 
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:12 AM | Message # 4
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Penunggu
Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu
tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu
adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje, heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok, emmm camne boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahhari kalau tak silap aku, minah yang terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit macam orang kena histeria. Lama jugak dia macam tu kelam kabut jugak, orang lain ingat minah ni ada problem agaknya, kesian jugak sampai menarik-narik rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa menghantar minah tu pulang.

Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.

Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolahohlah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.

Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.




 
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:12 AM | Message # 5
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Kereta Busuk
Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.
Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.

Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu. Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,

"Nak kemana ni cik adik?", tanya Zues pada wanita tu.

"Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.

"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?", tanya si Zues lagi.

"Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."

"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu", Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.

Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.

"Opssss, berhenti sini bang", dengan nada yang agak kuat.

"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.

"Tu ha, rumah saya", dengan menuding jari kearah satu tempat.

"Takde pun?", Zues kehairanan.

"Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni". sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.

Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.

Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia. Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???" Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, "Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya. "Abang jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu.

Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya "Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?" dengan nada yang agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish macammana boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.

Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.




 
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:13 AM | Message # 6
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
BIDAN PUAKA
Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama kalian adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang hayat. Waktu itu aku mengikut kawanku balik kekampungnya disatu daerah berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan dan kebetulan pula musim durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak pokok durian. Aku terus bersetuju kerana aku memang penggemar durian.
Kami tiba dikampung pada petang Sabtu setelah semalaman didalam perjalanan menaiki keretapi. Sesampai sahaja dirumah kami telah disambut mesra oleh keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah, meskipun aku menghadapi kesukaran untuk memahami setiap patah perkataan yang dituturkan. Setelah berehat seketika, kawanku mengajak aku mandi disungai yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang. Ibunya melarang kami pergi kesungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi kami tetap berdegil untuk mandi disungai. Lagi pun jarak sungai dengan rumahnya lebihkurang 500 meter sahaja. Kalau kami melaung pun boleh didengar. Begitulah kata kawanku kepada ibunya. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami balik semula sebelum 7:30.

Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik kawanku yang berumur dalam lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya balik sebelum hari gelap kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh memperkatakan tentang hantu tok bidan yang berkeliaran dikampung itu pada waktu malam. Meremang bulu romaku apabila mendengar pesan adiknya itu. Mahu sahaja aku membatalkan niat untuk mandi disungai. Tetapi kawanku sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu. Dengan hati yang berat, aku mengekori kawanku dari belakang. Mataku liar melihat semak-semak dikiri-kanan. Ketika itu matahari sudah hampir terbenam. Cahaya kilauannya berbalam-balam dipermukaan air. Aku merasa tidak sedap hati. Seolahohlah ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-geri kami. Sesampai sahaja digigi sungai, kawanku terus terjun. Kocakkan airnya mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh. Aku turun keair dengan berhati-hati. Perasaanku merasa tidak tenteram. Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku memberitahu kawanku supaya cepat naik dan balik. Tetapi aku diketawakan. Katanya aku ini pengecut sangat. Katanya lagi adiknya cuma bergurau. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh kedalam air tidak jauh dari tempat kami. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. Keadaan manjadi sunyi seketika. Cuma kedengaran suara riang-riang hutan bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri. Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah kata, kami berdua berlari naik kedarat dan terus mencapai barang-barang dan berlari kerumah. Ibunya hairan melihat kami termengah-mengah apabila sampai kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum menyindir. Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum mendengar ceritaku. Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh kedalam sungai tadi. Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu tok bidan yang diceritakannya sebelum kami kesungai tadi. Aku sendiri kebingungan. Kalau dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana yang kami dengar.

Selepas makan malam, aku duduk berehat diruang tamu bersama adiknya. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengetahui akan lebih lanjut lagi cerita hantu tok bidan yang diceritakannya petang tadi. Menurut katanya, ada seorang perempuan tua yang tinggal dikampung yang berdekatan baru meninggal dunia. Orangohrang kampung memanggilnya Tok Bidan kerana dia seorang bidan kampung. Semasa dia dalam keadaan nazak, keadaannya amat tersiksa. Dia sentiasa kehausan. Entah berapa banyak air yang diberi, dia tetap kehausan. Sehinggalah dia menghembus nafas terakhir, dia meronta-ronta minta diberikan air. Menurut orang kampung semasa hayatnya, dia telah banyak melakukan dosa seperti menggugurkan kandungan secara haram dan melakukan pemujaan untuk meningkatkan lagi ilmu kebidanannya. Menurut mereka lagi, dia ada membela hantu raya. Pernah beberapa kali orangohrang kampung terserempak dengannya merayau-rayau diwaktu malam dengan keadaan tubuhnya yang bongkok. Tetapi pada waktu yang sama ada juga orangohrang kampung yang sedang berubat dirumahnya. Setelah meninggal dunia, orangohrang kampung menghadapi berbagai masalah untuk menguruskan mayatnya. Sewaktu mayatnya hendak ditanam, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan liang lahatnya terpaksa digali berkali-kali kerana tanah runtuh akibat hujan yang amat lebat dan bacaan talkin cuma dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana keadaan cuaca yang buruk pada waktu itu. Pada sebelah malamnya, orangohrang yang lalu-lalang berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan seakan-akan terdengar suara orang sedang meratap disertai dengan bau yang amat busuk. Pada malam yang sama juga beberapa buah rumah telah diketuk pintu berkali-kali dan apabila dibuka, tiada sesiapa diluar. Jika dibiarkan, ketukan pintu menjadi bertambah kuat dan bau busuk memenuhi ruang rumah. Badanku terasa seram sejuk apabila mendengar cerita adik kawanku itu.

Jam baru menunjukkan pukul 10:30. Keadaan sekitar terasa sunyi. Cuma bunyi cengkerik dan jam dinding yang kedengaran. Mataku pun sudah terasa berat. Kawanku sengaja mahu menyakatku. Dia menyuruh aku tidur didalam biliknya manakala dia hendak tidur diruang tamu. Aku terus tidak bersetuju. Apa lagi setelah mendengar cerita dari adiknya sebentar tadi. Katanya dia cuma bergurau. Kami sama-sama tidur didalam bilik. Tempatku bersebelahan dengan daun tingkap. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tidak peduli, asalkan dapat tidur. Entah pukul berapa, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan halus dari luar daun tingkap kayu disebelah aku. Aku tetap memejamkan mata tetapi jantungku berdegup laju. Ketukan tadi menjadi semakin kuat disertai dengan bau seperti bau bangkai yang teramat busuk. Aku menahan nafasku dan berpaling dari arah daun tingkap. Aku cuba mengejutkan kawanku. Tetapi dia tiada disebelah ku. Mungkin dia tidur diruang tamu. Jantungku berdegup laju. Peluh sejuk membasahi tubuhku. Daun tingkap terus diketuk dan digoyang. Aku menjadi kaku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara halus menyuruhku membuka tingkap. Katanya dia ada membawa anak kecil. Dia hendak menumpang minum air. Aku menjadi bertambah kecut. Aku tidak mempedulikannya. Ketika itu aku telah berada dihujung katil diselimuti gebar sambil memeluk bantal. Suara yang halus tadi bertukar menjadi serak dan akhirnya menjadi parau. Katanya lagi kalau aku tidak mahu membuka tingkap, dia tetap akan masuk untuk mencari air. Waktu itu cuma tuhan yang tahu bagaimana perasaanku. Dengan tiba-tiba aku terasa seperti ada angin lembut bertiup dimukaku dan pada waktu yang sama tiba-tiba daun tingkap terbuka luas. Apa yang aku lihat sungguh menggerunkan. Diluar tingkap kelihatan seorang perempuan tua tersengeh memandangku. Dengan giginya yang jarang dan merah serta rambutnya yang penuh uban mengurai. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala sebelah lagi memegang janin bayi. Pandanganku menjadi kelam, cuma yang kudengar ialah suara parau yang menggigil-gigil menyebut perkataan "air" berkali-kali.

Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan bunyi daun tingkap dibuka. Cahaya matahari pagi menyucuk mataku. Rupa-rupa hari sudah siang. Kawanku mengajak aku bersiap untuk kedusun durian datuknya. Aku terpinga-pinga. Dalam perjalanan kedusun aku bertanya kepada kawanku adakah dia tidur diruang tamu malam tadi. Dia mengaku. Katanya dia tidak dapat tidur dibilik kerana panas. Katanya lagi waktu itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku bertanya kepadanya lagi adakah tingkap bilik terbuka atau tertutup sewaktu dia masuk kebilik pagi tadi. Katanya tertutup. Dia menyoalku kembali, kenapa aku banyak bertanya. Aku cuma menggelengkan kepala sambil berkata tidak ada apa-apa. Sehingga kehari ini aku tidak pasti adakah kejadian ngeri itu benar-benar berlaku, atau cuma aku yang bermimpi. Bagiku setiap detik yang berlalu ketika kejadian itu memang seperti ianya benar-benar berlaku.




 
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:13 AM | Message # 7
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Hantu Telefon
Kali ni aku nak cerita pasal kisah hantu di hostel sebuah universiti tempatan. Idak ler seram sangat sampai hantu tu menunjuk muka... tapi kira cara halus ni la yang buat orang bertambah suspen. Ceritanya pendek jer... benda ni berlaku kat hostel perempuan.. masa tu girlfriend kawan aku baru balik discussion. Biasa la.. budak U. Malam tu room mate dia
takde, buat assignment ngan kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon... sebab
biasanya ramai yang tukang telefon dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar belakang,
tapi nih cabut wayar gagang telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk. Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih? Nak kata
dia tak kunci bilik... bilik diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari telefon
dan dalam keadaan terlentang). Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru bukak semester kedua nih.




 
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:13 AM | Message # 8
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Kisah Di Hostel
Assalamualaikum.... aku ada cerita nak kongsi ngan kengkorang semua... cerita nih dialami sendiri oleh abang angkat aku dan kawannya masa zaman sekolah dulu... (sekarang nih aku dah blaja kat U). Dulu aku blaja silat, begitu gak ngan abang angkat aku.. kitorang dulu sekolah asrama penuh, biasa la... famous ngan cerita-cerita hantu. Masa tu aku form 2, abang aku form 5. Kira senior la nih... dia la yang ganti cikgu ngajar bebudak junior silat. Satu malam tu... masa tengah buat latihan silat.. lebih kurang pukul 12 lebih.... dia nak buat latihan silat olahrag.. saja nak test power. Kebetulan cikgu kitorang ada... so apa salahnya mintak tunjuk ajar lebih sikit, lagipun kitorang ada pertandingan silat olahraga tak lama lagi. So dia dengan kawannya pun balik la ke hostel kejap nak ambik pad dan barang-barang lain. Masa dia balik tuh, tengah **** berborak ngan kawan dia.. ada la sorang budak pompuan pakai baju putih tak bertudung lalu menuju arah bersetentangan.... kira macam budak ni dari hostel la kiranya....Diorang pelik la pehal lak ada budak pompuan jalan memalam, tak pakai tudung pulak tuh.... tau la budak sekolah sains kan... korang pepaham je la. Bila budak pompuan tuh dah jauh sikit diorang bercakap la pasal budak pompuan tu.. pect apa-apa pun. Then tetiba dua-dua tersenyap...
Budak pompuan yang sama lalu untuk kali kedua dari arah hostel... terkujat diorang.... tapi diorang tak lari mencicit la.. kira berani la jugak.. budak silat... yang part seram sikit tuh, budak pompuan tu siap senyum pulak kat diorang, macam tau2 je yang diorang cakap pasal budak pompuan tuh tadi. Daripada hostel tuh diorang paksa lagi 2-3 orang kawan
diorang ikut sekali gi latihan silat. Takut jumpa lagi budak pompuan tuh gamaknya. Degar cerita yang selalu kena kacau ngan hantu budak pompuam nih bebudak laki jek. Ntah kenapa....




 
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:14 AM | Message # 9
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Bilik Aneh Di Rumah Atuk
Setiap kali hujan lebat dimalam Jumaat, aku pasti terkenang kejadian ngeri dirumah datukku. Kejadian ini berlaku kira-kira 13 tahun yang lalu. Aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 13/3/86. Waktu itu cuti sekolah. Aku tinggal bersama datukku disebuah kampung pendalaman di negeri Pahang. Datukku memang seorang pawang yang terkenal. Walaupun rumahnya agak jauh dipendalaman, tetapi ramai orang datang kerumahnya untuk mendapatkan ubat dan rawatan secara tradisional. Setiap kali dia mengubati orang dia akan masuk kesebuah bilik kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin. Tiada siapa yang dibenarkan masuk kecuali dia seorang walaupun pesakit itu sendiri. Sewaktu dia didalam bilik, kami yang diluar akan mendengar suara seperti orang berbual dalam bahasa yang tidak difahami. Apabila dia keluar dia akan membawa sebotol air. Katanya air itu adalah ubat buat sipesakit. Entah dari mana datangnya air itu, aku sendiri tak pasti kerana setahu aku dirumahnya cuma terdapat satu paip air iaitu di bahagian dapur.
Datukku memang sudah lama tinggal sendirian. Aku sendiri tidak pernah melihat wajah nenekku. Katanya nenekku meninggal sewaktu aku masih kecil lagi. Dia tidak akan menerima sebarang pesakit pada setiap malam Jumaat. Katanya dia ingin menghabiskan malam Jumaat dengan beramal. Dan pada setiap malam Jumaat aku dihantar kerumah Pak Cik ku yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Katanya dia tidak mahu diganggu.

Pada 13/3/86, hujan turun begitu lebat sekali dengan kilat dan guruh yang sabung-menyabung. Malam itu dia tidak dapat menghantar aku kerumah Pak Cik ku. Selepas masuk waktu maghrib, dia berpesan kepadaku supaya tidak menganggunya dan menyuruh aku membuat kerja sendiri didalam bilik bersebelahan dengan bilik kecil tempat dia beribadat. Aku tidak membantah. Sepanjang waktu itu aku terdengar datukku mengaji dan membaca Yassin. Aku tidak mengesyaki sesuatu sehingga lah kira-kira jam 9:30 malam apabila aku terdengar datuk seperti berbual dengan seseorang didalam biliknya dengan bahasa yang pelik. Tapi cuma suaranya sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba aku terdengar datuk melaungkan azan disertai dengan dentuman guruh yang begitu kuat sekali. Aku tersintak. Segera aku keluar dan mengetuk biliknya. Datuk seolahohlah tidak memperdulikan aku. Aku cuba membuka pintu biliknya tetapi dikunci dari dalam. Aku terus mengetuk.

Tidak lama kemudian, datuk membuka pintu. Mukanya bengis. Matanya merah menyala. Dia memandang aku dengan satu pandangan seolahohlah ingin menelanku hidup-hidup. Aku terkedu. Dan mengundur beberapa langkah. Mungkin datuk faham perasaanku ketika itu. Dia tidak berkata sepatah pun. Dia terus menuju kepintu hadapan. Sebelum dia melangkah keluar didalam hujan lebat dia berpesan supaya jangan sekali-kali aku masuk atau cuba mengintai bilik kecilnya. Aku cuma mengangguk.

Setelah dia pergi, hati ku terus tertanya-tanya apa yang ada didalam bilik kecilnya itu sehinggakan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau melihat isi dalamnya. Kerana rasa ingin tahu yang teramat sangat, aku tidak mengendahkan amarannya. Dengan perlahan-lahan aku menolak pintu biliknya. Suasana didalamnya terasa sejuk dengan cahaya api lilin yang berbalam-balam. Seluruh ruang bilik itu dipenuhi dengan bau keminyan. Lilin besar berwarna hitam didalam bekas tembaga diletakkan diatas para yang dilapik dengan kain hitam. Sebelahnya terdapat satu lagi bekas tembaga yang bertutup. Aku memerhati disekelilingku. Tidak ada satu perabut pun. Cuma sekeping tikar mengkuang lama dan bekas pembakar keminyan sahaja yang kulihat. Hati tu berdetik untuk melihat isi kandungan bekas tembaga yang bertutup tadi. Dengan perlahan-lahan aku membuka tutupnya. Tidak semena-mena satu cahaya kilat memancar disertai dentuman guruh yang amat kuat memekak telingaku. Aku tersangat terkejut sehingga tutup tembaga terlepas dari tanganku. Disaat itu juga aku terdengar satu bisikan ditelinga kiriku. Bulu romaku meremang. Aku bingkas bangun dan berlari keluar. Keadaan diluar gelap gelita. Mungkin kilat tadi telah menyambar kotak fius rumah datukku. Aku semakin kecut. Aku seakan-akan terdengar suara hilaian dari atas bumbung rumah. Tiba-tiba pintu bilik datukku tertutup dengan kuatnya seperti ditiup angin. Keadaan menjadi semakin gelap. Aku mengucap dan membaca segala ayat-ayat suci yang terlintas difikiran. Disaat itu juga aku terdengar seperti ada orang sedang memijak tangga dapur disertai dengan bau bunga melur bercampur dengan bau keminyan. Aku semakin panik. Aku menoleh kedapur dan terlihat sehelai kain putih yang terawang-awang di pintu dapur. Suara hilaian diatas bumbung semakin menjadi-jadi. Ketika itu aku sudah hilang pertimbangan. Aku terus berlari kepintu hadapan. Malangnya kaki ku tersangkut sesuatu. Aku tersungkur. Aku cuba bangun tetapi kesakitan menghalang aku berbuat demikian. Aku terasa ada sesuatu mencuit bahu kananku. Aku terus menoleh. Apa yang aku lihat sungguh mengerikan. Ada sekujur tubuh budak perempuan yang teramat kurus berdiri tegak disebelahku. Oleh kerana jarak antara kami begitu dekat aku dapat melihat matanya besar dan bulat tetapi tidak ada mata hitam dan baunya sungguh busuk seperti bau bangkai. Semangatku terus hilang.

Apabila aku tersedar, aku telah berada dikatil hospital. Ibubapa dan datukku ada bersama. Mata ibuku merah mungkin kerana terlalu banyak menangis. Katanya aku telah tersantar disitu hampir 4 hari. Kaki kiriku bersimen. Menurutnya datuk menjumpaiku dihalaman rumah sewaktu hujan lebat sekembalinya dari kedai untuk membeli rokok daun. Ibu diberitahu oleh datuk yang aku mungkin terjatuh dari tangga ketika aku cuba untuk kerumah pakcikku diwaktu hujan. Katanya lagi mungkin aku takut tinggal sendirian ketika itu waktu keadaan rumah yang gelap dan hujan lebat. Aku tidak pasti samada datuk menceritakan perkara yang sebenarnya.

Datuk tidak pernah menanyakan peristiwa yang berlaku sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir 6 tahun lalu. Cuma satu pesanannya yang aku ingat sehingga sekarang. Hendaklah kita mematuhi segala pesanan orang tua untuk kebahagian diri sendiri dan orangohrang yang disayangi dan menyayangi diri kita ini.




 
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 9:14 AM | Message # 10
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Batu Berpuaka.
Pada suatu hari, ayah saya membuat perancangan untuk pergi ke pulau langkawi memandangkan cuti sekolah [cerita ini berlaku pada Mei1995] dia pun ajak ler makbapak dier pergi sama. Kami pun sampai bla...bla...

Hari 4 kami bercadang utk. ke Telaga Tujoh. Ketika kami pergi disana kena panjat/daki bukit [entah ler aku pun tak tahu]. Sampai ditengah jalan datuk aku pening dan apabila pandang belakang jauh sangat dan mintak turun balik. Kami mula panik. Ketika sedang berehat kami ternapak batu cantik berwarna biru muda dekat tempat letak kereta [sekarang ada/tidak aku tak tau].

Kami pun ambil lebih kurang 11 batu itu utk dibuat alat hiasan rumah dan pokok bunga. Hari sudah tengahari ayah mahu pulang. Malam tu..datuk aku menyimpan batu itu didalam almari berdekatan dengan tempat tidur dia. Dia pun bermimpi...suatu hari tu. Dia menebas pokok pisang dibelakang rumah tiba-tiba namanya dipanggil 'Bakar,Bakar'(bukan nama sebenar) seperti suara seorang perempuan [nak tahu tengok filem dupa cendana macammana namanya dipanggil 'dupa,dupa' begitulah lebih kurangnya]. Dia pun mendekati suara itu. Alangkah terkejutnya,apaila dia melihat seorang puteri tersenyum sambil melambai-lambai tangan kearahnya dengan bauan yang wangi serta terapung-apung diudara [pokok jambu]. Dia tersedar dan menjerit [sepert histeria tapi tak lah sangat].

Lepas dia mengamuk tu,dia menyuruh aku dan nenek pergi tengok diluar. Alangkah terkejutnya aku seorang puteri duduk di dahan itu sambil tersenyum kearah aku. Kemudian nenek mengambil payung yang berdekatan dengan aku tetapi aku menghalang nenek berbuat demikian kerana khuatir itu manusia nenek berkata itu bukan manusia tetapi makhluk ghaib. Aku memegang parang kayu nenek ambil payung sambil menjolok-jolok ke arah puteri itu. Nenek aku ni memang pantang jumpa makhluk ghaib tetapi dia mempunyai ilmu kekuatan. Dia bertempur dengan nenek entah berapa minit entah. Aku rasa ada 'can' kalau aku menyerangnya dari belakang. Aku naik keatas tangga kayu kemudian hendak membunuh puteri itu dari belakang tetapi tidak kena dia tidak sedar bahawa aku ada dibelakang dia tiba-tiba ternampaklah satu pancaran bintang-bintang turun ke tanah keluarga aku hanya mampu menengok melainkan datuk. Bintang-bintang itu membentuk seperti puteri itu juga, aku bilang lebih kurang 10 orang puteri masa tu. Apalagi seisi keluarga turun membawa parang,kayu dll. Tiba-tiba puteri itu menoleh ke arah belakang dan bergabung membentuk boleh digambarkan seperti raksasa ngeri dibuatnya. Kami cuba melawan makhluk itu setiap kali mendempangkan tangannya ke arah kami. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aku teringkat akan batu itu kemudian aku ambil dirumah dan berikan pada datuk. Datuk segera menunjukkan batu itu ke arah makhluk itu kemudian makhluk itu keluar menjadi puteri balik kemudian mengundur kebelakang.

Tiba-tiba seorang daripada mereka berkata 'Kami akan kembali' datuk membaling batu ke arah mereka kena,tapi selepas itu mereka ghaib.

Keesokkanya kami berjumpa dukun untuk bertanya tentang tragedi semalam. Dukun berkata batu itu tempat puteri-puteri masa kecil dahulu bermain. Tetapi meningkat dewasa mereka dituduh mencuri batu itu. Kemudian mereka dijatuhi hukuman mati. Kini mereka hendak menntut balik barang kepunyaan mereka tetapi tidak boleh kerana batu itu datuk aku dah baca doa maka tak bolehlah.




 
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » cerita seram » KOLEKSI ADIBANJAR
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: