Monday, 2024-05-20, 6:16 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » cerita seram » Pelajar diganggu makhluk hodoh
Pelajar diganggu makhluk hodoh
kaizerDate: Sunday, 2009-03-15, 8:56 AM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
ASRAMA Putri Sekolah Menengah Tanjung gempar lagi. Kali ini yang menjadi mangsanya adalah pelajar baru tingkatan satu. Tiga hari lalu ketika hampir semua pelajar sedang bersiap-siap hendak ke surau mengerjakan sembahyang maghrib, seorang pelajar perempuan pengsan di bilik air kerana dikatakan melihat perempuan tua yang cukup hodoh.Pelajar yang bernama Asmah ketika itu tidak turut serta berjemaah ke surau kerana uzur. Dia turun ke bilik air lebih kurang pukul 7 malam untuk mandi. Ketika hendak masuk ke ke bilik air dia terlihat seorang perempuan berambut panjang sedang membelakanginya.Asmah yang menyangkakan perempuan tersebut adalah salah seorang pelajar di asrama itu telah menegurnya. Beberapa kali menegur tapi tidak dijawab, Asmah lantas menghampirinya. Tidak disangka setelah dihampiri dan perempuan tersebut berpaling alangkah terkejutnya Asmah apabila di hadapannya bukanlah manusia biasa seperti yang disangka.Rupa wanita tersebut sangat hodoh, darah nampak jelas mengalir dari cebisan daging yang menggelupas dari wajahnya. Perempuan hodoh itu mengilai dan kemudian meluncur tanpa menjejakkan kaki ke bumi meninggalkan Asmah yang kemudiannya jatuh tidak sedarkan diri.

Malam itu selepas sedar dari pengsan, Asmah menggigil, dia meracau-racau langsung tidak melelapkan mata. Apa yang berlaku pada Asmah bukan menakutkan dirinya seorang sahaja. Pelajar-pelajar lain yang telah mengetahui cerita itu juga turut ketakutan terutama yang baru sahaja tinggal di asrama tersebut.Malam itu semua pelajar 'senior' berjaga membacakan surah Yassin di setiap bilik bagi menenangkan keadaan. Sebenarnya ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku di sini. Hampir setiap tahun setiap kali pelajar baru masuk akan berlaku kejadian-kejadian yang menakutkan pelajar-pelajar ini terjadi.Tahun lepas perkara yang hampir sama berlaku. Pelajar malang yang menjadi mangsa adalah Liza. Tapi ketika itu waktu tengah malam. Liza yang terjaga di kala orang lain sedang nyenyak tidur terkejut apabila tiba-tiba kelambu yang dipasang di katilnya diselak oleh satu lembaga hodoh. Liza tersentak tapi tidak mampu menjerit. Dia menangis di katilnya hingga ke pagi. Liza hanya berhenti menangis setelah ditenangkan oleh pelajar-pelajar lain.

Setelah peristiwa itu Liza terus keluar daripada asrama putri.Pengetua sekolah, Encik Mahmud sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengatasi kejadian yang berlaku setiap tahun. Ustaz Harun juga begitu. Sudah habis ikhtiar mereka. Bomoh sudah dua kali dipanggil, bacaan Yassin setiap malam dan berbagai lagi sudah dilakukan sejak bertahun tapi kejadian yang mengganggu pelajar ini tetap juga berlaku.Agak menghairankan kerana hanya pelajar di asrama putri sahaja yang sering diganggu. Pelajar lelaki di asrama putera tidak pula mengalami kejadian seperti itu. Berbagai-bagai andaian telah dilakukan terhadap apa asrama putri yang terletak di bawah bukit itu. Penduduk di kawasan sekitar mengatakan bahawa tapak asrama itu 'keras' kerana dibina atas sebuah kubur wanita tua yang tidak diketahui asal usulnya.Sejauh mana kebenaran cerita itu tidak pula diketahui kerana sewaktu kerja-kerja pembinaan asrama tersebut dilakukan hampir tujuh tahun lepas tidak pula ditemui serpihan tulang mahupun kubur seperti yang dikatakan.Semalam persoalan tentang peristiwa demi peristiwa yang mengganggu pelajar di asrama putri itu terjawab. Semuanya gara-gara Hasnah dirasuk oleh makhluk halus. Jarang sekali pelajar-pelajar 'senior' diganggu oleh makhluk halus. Kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah pelajar tingkatan satu. Hasnah pelajar tingkatan lima semalam, tiba-tiba hysteria menjerit-jerit ketika hari hamper senja.

Butiran pertuturannya tidak dapat difahami. Mata Hasnah waktu itu merah menyala, suaranya yang lembut jadi garau. Semua pelajar lain lari lintang pukang ketakutan apabila Hasnah seperti mahu menerkam rakan-rakannya yang lain."Aku tenang selama ini, kenapa engkau ganggu aku sekarang," tiba-tiba suara garau Hasnah yang tadinya marah merintih seperti meminta simpati."Aku dah lama di sini. Kau biarlah aku tenang," kata Hasnah perlahan setelah penat menjerit-jerit.Ustaz Harun yang dipanggil oleh pelajar asrama pantas mendapatkan Hasnah. Terkejut Ustaz melihat Hasnah yang selama ini bersopan dan lemah lembut kelihatan bengis dan juga berserabut. Ustaz Harun yang tahu keadaan Hasnah sedang dirasuk terus melayan makhluk yang menumpang di tubuh pelajarnya."Mana tempat engkau, cuba beritahu aku. Kami tak tahu yang kami sebenarnya kacau engkau. Kami tak berniat nak buat begitu," kata Ustaz Mahmud.Hasnah yang berdiri tercegat tadi berjalan terus keluar dari asrama. Dia melalui kaki lima asrama dengan tenang. Sambil itu ustaz mengekori dari belakang. Dari belakang Ustaz Harun dapat mendengar Hasnah menangis teresak-esak. Hasnah membelok ke arah belakang asrama menuju ke tempat stor kerusi dan meja. Berhampiran kawasan itu terdapat timbunan sampah sarap yang dibuang oleh pelajar asrama."Di situ," tunjuk Hasnah. Tidak lama selepas ditunjukkan tempatnya, Hasnah jatuh pengsan. Dia diusung masuk oleh rakan-rakan yang lain. Uztaz Mahmud menyuruh pelajar yang berkumpul melihat kejadian itu bersurai dan masuk tidur.

Keesokkannya, Ustaz Harun bersama-sama dengan imam berserta beberapa jemaah masjid tidak jauh daripada asrama telah bekerja sama menggali tempat yang dikatakan. Usaha mereka tidak sia-sia , setelah hampir satu jam menggali mereka menjumpai serpihan tulang, tengkorak manusia serta cebisan kain yang sudah reput."Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh 'benda' yang mengganggu Hasnah semalam. Agaknya timbunan sampah ni mengganggu 'benda' ini. Baik kita bersihkan tempat ini, tulang ini kita kebumikan balik di tanah perkuburan di kampung ni," ujar Ustaz Mahmud sambil yang lain mengangguk bersetuju. Hari itu juga mereka tanamkan kembali serpihan tulang yang ditemui. Malam itu bacaan Yassin dibuat beramai-ramai oleh penghuni asrama putri dan juga putra. Besar harapan mereka agar mereka tidak lagi diganggu.




 
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » cerita seram » Pelajar diganggu makhluk hodoh
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: