Monday, 2024-05-20, 4:43 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » cerita lawak » Khairy Jalaludin: Kami tidak berzina !–kantoi..cerita panas
Khairy Jalaludin: Kami tidak berzina !–kantoi..cerita panas
kaizerDate: Sunday, 2009-04-19, 1:01 PM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Suatu petang di kafe U**M. Abdullah Asnawi menasihatkan sepasang kekasih, Khairy Jalaludin dan Maya Kasim tentang hubungan mereka bukan mahram yang boleh membawa kepada zina.(pesanan penulis:..ermm..nama watak2 dalam citer nie adalah rekaan jer, ini adalah satu proses penyampaian yang saya gunakan. Maaf jika ada yang terasa dan anda juga haruslah memohon maaf daripada Maha Esa jika anda ‘terasa’)

Khairy Jalaludin: Kami tidak berzina !

Abdullah Asnawi: Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi
awak menghampiri zina.

Khairy Jalaludin: Kami hanya berbual-bual, berbincang,. Bertanya
khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu
menghampiri zina?

Abdullah Asnawi: Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya
ke lembah penzinaan.

Khairy Jalaludin: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak
berniat ke arah itu.

Abdullah Asnawi: Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis
akan memerangkap kamu.Iblis amat
berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia
telah menipu moyang kita yang pertama,Adam
dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan
Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian dengan
seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan
(Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Khairy Jalaludin: Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus
kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam
telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah
bersua muka pun!

Abdullah Asnawi: Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang
dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan
pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan
perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret
kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama
tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa
kepada perzinaan akhirnya?

Maya Kasim:Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun
zina ke?

Abdullah Asnawi: Zina ada bermacam-macam jenis dan
peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu
berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat
kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu
dengan khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya
adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan
zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga
berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan
Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita
melalui mana-mana jalan perzinaan.

Maya Kasim: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang
pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan
SAHAJA)*

Abdullah Asnawi: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah
tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-
hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh
Allah, kejayaan tidak akan membawa
kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat
lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi
belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi
macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan
Atid.

Khairy Jalaludin: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study
Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Abdullah Asnawi: Study Group…? nampak lain macam saja, manja,
senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.
Takkan study group berdua sahaja? Kemana-
manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group
study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan
macam ni…betul ke bincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,
yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan
fantasi cinta!

Maya Kasim:Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*

Abdullah Asnawi: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak
berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada
nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah
manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah
manusia.

Khairy Jalaludin: Kami berdua sama-sama belajar, study group*,
saling memberi semangat dan motivasi.

Abdullah Asnawi: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan
rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang
boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang
belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang
perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula.

Maya Kasim: Takkanlah tak ada langsung ruang yang
dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah
Islam membunuh terus naluri cinta?

Abdullah Asnawi: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan
kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka
kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang,
tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam
tidak suruh membunuh naluri seperti yang
dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan
nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan
itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita
sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri
atau nafsu.

Maya Kasim: Tentu ada cinta secara Islam.

Abdullah Asnawi: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas
kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan
Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara,
tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan
sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan
sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang
saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta
adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Khairy Jalaludin: Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri
kepada penzinaan?

Abdullah Asnawi: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu
perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.
Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,
duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,
sekarang macam pengantin baru semalam
bukankah mereka semakin hampir dengan
penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta
telah sampai kepada daerah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa
noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Maya Kasim: Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap
selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Abdullah Asnawi: Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu
kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak
tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya
jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan
kecundang.

Khairy Jalaludin: Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

Abdullah Asnawi: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,
sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya
tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah
yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan
pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu
Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan
menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di
dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu
menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang
yang zalim
(al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah
khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut
nanti mereka akan memakannya. Demikianlah
dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah
penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan
dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang.Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Maya Kasim: Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita
tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta
adalah untuk mengenal hati budi pasangan
sebelum buat keputusan berkahwin.

Abdullah Asnawi: Bolehkah percaya dengan perwatakan masa
sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-
masing akan berlakon dengan watak terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-
bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada
yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan
tertipu dengan keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam
langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang
amat penyayang, penyabar, sabar tunggu
pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila
dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.
Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau
hipokrit.

Khairy Jalaludin: Percayalah, kami bercinta demi merancang
kebahagian hidup nanti.

Abdullah Asnawi: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak
mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang
terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah
yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,
jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai
Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah
adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk
mendapat keluarga yang bahagia jika langkah
mula sudahpun canggung, bagaimana
kesudahannya?

Maya Kasim: Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang
angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Abdullah Asnawi: Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.
Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas
baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya
adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang
angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan
syaitan. Manusia yang terlibat dengan
budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa
untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun,
abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah
sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Khairy Jalaludin: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang
maruah diri?

Abdullah Asnawi: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh
manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang
sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang
yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.
Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak
mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada
orang yang belum layak menerima cinta suci.
Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah
ditentukan oleh Allah.

Maya Kasim: Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Abdullah Asnawi: Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya.
Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka
menghampiri perzinaan. Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin
kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah
berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan
yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan
melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta
juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan.

Khairy Jalaludin: Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin
dengan orang yang pernah bercinta* juga?

Abdullah Asnawi: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Khairy Jalaludin: Kami telah berjanji sehidup semati

Abdullah Asnawi: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah
janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap
pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.
Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.

Maya Kasim: Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang
penyayang dan bertanggungjawab.

Abdullah Asnawi: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,
apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai
isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-
anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.
Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki
biasanya akan memilih perempuan murahan
kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.

Maya Kasim: Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya
pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Abdullah Asnawi: Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka
pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka
menggambarkan perempuan seperti kereta yang
diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang
yang boleh test drive. Ada pula yang kata;
sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.
Itulah hakikatnya.

Khairy Jalaludin: Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman
ini?

Abdullah Asnawi: Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan
ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka
kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya (yang memelihara
dirinya dari melakukan zina)… Allah telah
menyediakan bagi mereka segala keampunan dan
pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35)

Khairy Jalaludin: Bagaimana kami?

Abdullah Asnawi: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan
taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan
kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Khairy Jalaludin: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah
bagaimana taubat nasuha.

Abdullah Asnawi: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan
hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk
hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan
bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seseorang yang bernama isteri atau
suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas
pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta
setelah menjadi suami isteri.

Khairy Jalaludin: Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Abdullah Asnawi: Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku
untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada
maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga
diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa
Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat
mu.

Khairy Jalaludin: Berat hatiku melepaskanmu seperti resahnya hati ibu melepaskan
anaknya…
Kita berpisah kerana Allah , kalau ada
jodoh ,tidak kemana!
Maya Kasim: Sama-samalah kita kembali menjejak landasan cinta hakiki..

Abdullah Asnawi: YaAllah bantulah mereka .Kini mereka datang
kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat
mereka.

Pesanan sekali lagi..berpesan-pesan..

..ermm..nama watak2 dalam citer nie adalah rekaan jer, ini adalah satu proses penyampaian yang saya gunakan. Maaf jika ada yang terasa dan anda juga haruslah memohon maaf daripada Maha Esa jika anda ‘terasa’!




 
nagatoDate: Sunday, 2009-05-24, 4:30 AM | Message # 2
Executive Member
Group: member
Messages: 96
Status: Offline
kaizer ko dpt kat ne ni....
padat isi kandungan nyer....
best... good


 
kaizerDate: Saturday, 2009-05-30, 2:49 AM | Message # 3
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
dpt dari emel bro



 
Botak88Date: Wednesday, 2010-06-02, 0:02 AM | Message # 4
Junior Member
Group: member
Messages: 12
Status: Offline
cite ni mmg sonok..
bleh dijadikan iktibar..
nk copy msuk facebook..
hihi..
 
kaizerDate: Wednesday, 2010-06-02, 6:43 AM | Message # 5
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
hehe
copy je beb
kasi panas sikit




 
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » cerita lawak » Khairy Jalaludin: Kami tidak berzina !–kantoi..cerita panas
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: