Monday, 2024-05-20, 4:41 PM
Welcome Guest

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » Komputer & sistem pengoperasian » Spam Dan Kesan Rumah Hijau
Spam Dan Kesan Rumah Hijau
kaizerDate: Saturday, 2009-04-18, 3:26 PM | Message # 1
pengendali laman web
Group: Webmaster
Messages: 2628
Status: Offline
Spam
Siapa yang minat spam? K tidak berkata tentang Spam - daging dalam tin (gambar). Tetapi spam yang kebanyakkan yang kita ketahui, yang dianggap sampah didalam ruang storan emel kita. Kadang kala ada orang yang mengatakan mereka sebagai Putera Nigiria. Kadang kala mahu mengatakan bahawa kita mendapat sejumlah wang. Tidak kurang juga yang menggunakan spam untuk menyebarkan virus dan pelbagai aplikasi merbahaya. Tetapi lebih buruk lagi, kesan Spam tidak hanya kepada manusia tetapi kepada bumi.

Spam Dan Kesan Rumah Hijau
Jika dahulu K pernah sekali menulis tentang Google dan kesan rumah hijau yang dilaporkan oleh The Times London mengatakan bahawa dua carian menggunakan enjin carian Google adalah sama dengan anda memasak air menggunakan cerek. Walaupun laporan tersebut telah dinafikan oleh orang yang dikatakan membuat penyelidikan tentang perkara ini, (rujuk artikel lepas) tetapi yang mahu ditekankan disini adalah spam adalah kesan spam dalam konteks kesan rumah hijau. Laporan ini dikeluarkan oleh McAfee dan ICF International. Didalam laporan tersebut mengatakan bahawa kesan spam dalam konteks rumah hijau adalah lebih teruk daripada 2.3 juta buah kereta. Kesan ini dikira daripada jumlah penggunaan tenaga yang disebabkan emel spam. Daripada laporan tersebut, jumlah tenaga elektrik yang terguna disebabkan spam adalah 33 bilion kilowatt jam setahun (McAfee, 2009) yang bersamaan dengan 17 juta tan CO2 (BBC, 2009). Dan setiap tenaga tersebut pula dapat dikira dalam bentuk "berat" karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan. Begitu hebat impak yang dihasilkan oleh spam keatas persekitaran alam sekitar. Lebih teruk kajian ini menunjukkan 80% daripada tenaga yang digunakan adalah datangnya daripada pengguna itu sendiri dimana semasa mereka membuang spam itu daripada ruang storan emel mereka.

flickr: theWHIR

Spam Dan McColo
Pada akhir tahun 2008 memperlihatkan server McColo yang dikatakan adalah penyumbang terbesar spam di seluruh dunia ditutup. Dan serentak dengan itu jumlah spam yang dicatatkan adalah berkurangan sebanyak 75% (David, 2009). Kini spam kembali meningkat kembali. Sama seperti sebelum kejatuhan McColo (Brian, 2009). Dan taktik yang terbaru seperti menghantar spam dalam bentuk yang berlainan daripada dahulu dan menggunakan pelbagai jenis server yang berlainan nama menyebabkan spam semakin sukar untuk ditangkis.

Spam Dan Anda
Untuk ada yang sering dilanda spam, cadangan K adalah;

* Buat satu emel hanya untuk peribadi, dan asingkan kegunaan peribadi dan kegunaan untuk daftar mendaftar di internet.
* Elakkan dari membuka emel yang bukan untuk peribadi tersebut dan biarkan mereka membuat spam didalam emel tersebut.
* Dan anda sekali gus dapat mengelakkan spam di emel peribadi dan juga dapat mengurangkan kesan spam untuk alam sekitar.
* Jangan suka menghantar sesuatu yang anda dapat didalam emel kepada rakan anda (foward). Lebih-lebih lagi yang anda sendiri tidak pasti kebenarannya.
* Gunakan sistem filter sebaik mungkin dan tandakan emel yang menggangu anda sebagai spam. Kecuali tertera didalam perjanjian anda semasa pendaftaran.

Mungkin anda mempunyai cara yang lebih baik, anda boleh kongsi di ruangan komen dibawa. Bersama kita melawan spam.

Rujukan
Brian, P. (2009) Dikeluarkan pada 31 Mac 2009. Google Says Spammers Rallying from McColo Shutdown. Hiper-rangkai: www.eweek.com
BBC (2009) Dikeluarkan pada 16 April 2009. Spam 'produces 17m tons of CO2'. Hiper-rangkai: news.bbc.co.uk
David, H. (2009) Dikeluarkan pada 14 November 2009. McColo Shut Down Halts 75% of Spam. Hiper-rangkai: www.thewhir.com
McAfee (2009) Dikeluarkan pada 15 April 2009. McAfee, Inc. Research Reveals the Environmental Impact of Spam. Hiper-rangkai: newsroom.mcafee.com




 
Forum » ::Entertainments & Leisure:: » Komputer & sistem pengoperasian » Spam Dan Kesan Rumah Hijau
  • Page 1 of 1
  • 1
Search: